29/07 - TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM (Lot 12961 Jalan Kebun Baru)
Laporan
Pasukan membuat siasatan aduan pembuangan sampah secara haram di lokasi.
Tindakan kompaun telah dikeluarkan oleh Unit Pantas dibawah UUK4 PPPS MPK 2007.
Untuk makluman premis tersebut dijadikan tempat transit sementara sampah sebelum dihantar ke tapak perlupusan di lokasi lain. Terdapat longgokkan sampah domestik dan sebuah jentera berantai (excavator) dilokasi.
Pasukan telah mengeluarkan 01 Kompaun dibawah kesalahan UUK5 PPPS MPK 2007 kerana meletakkan sampah domestik di satu tempat yang tidak dikhaskan oleh pihak Majlis.