SEKTOR INDUSTRI KREATIF
16hb NOV- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan prosedur piawaian standard bagi sektor industri kreatif dalam usaha memperkasakan aktiviti penggambaran filem dan persembahan.
Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa PUSPAL, Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek hari ini melancarkan 'Filming in Malaysia Guidebook' dan Garis Panduan PUSPAL (cetakan kelima) dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perfileman dunia.
PUSPAL dengan kerjasama pelbagai agensi mengambil inisiatif menerbitkan buku panduan lengkap berkaitan proses dan prosedur untuk membuat penggambaran di Malaysia, infrastruktur dan fasiliti yang disediakan serta insentif yang ditawarkan kepada produksi-produksi luar negara.
Selain itu, sesi libat urus dengan pihak industri, agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut diadakan. Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Pn Norfiza Mahfiz hadir di sesi libat urus petang tadi mewakili Pihak Berkuasa Tempatan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=747712053383945&id=100044354712977