Sambutan Hari Sukan Negara
08hb OKT- Sambutan Hari Sukan Negara telah dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Klang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Klang dan Majlis Belia Selangor Daerah Klang.
Program kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan YDP MPK,Pn Elya Marini Darmin. Pelbagai Aktiviti cergas disediakan, diantaranya 'Fun Run Fit Forever', Senamrobik dan banyak lagi.
Tujuan utama perlaksanaan HSN 2022 supaya memberi Kesedaran serta meningkatkan amalan budaya gaya hidup cergas & aktif. Ianya juga dapat menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan menggalakkan Pembangunan ekonomi negara melalui ekonomi sukan.
Jabatan Kemasyarakatan menyelaraskan aktiviti bersama.