Program Saringan Kesihatan Asas Kakitangan MPK
22hb Feb - Program Saringan Kesihatan Asas kepada Kakitangan Majlis telah berlangsung bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat Mini Auditorium Sultan Abdul Samad, Pejabat MPK Cawangan Tengku Kelana.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesedaran kakitangan terhadap penjagaan kesihatan diri di tahap yang lebih baik. Usaha ini dilihat dapat melahirkan kakitangan yang efisien di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Saringan kesihatan yang dijalankan ke atas kakitangan yang berumur 30 tahun ke atas dan tidak menerima atau menjalani sebarang rawatan susulan atau rutin di mana-mana fasiliti kesihatan.
Program ini akan berlangsung selama 2 hari dan pada hari pertama sahaja, seramai 70 orang kakitangan telah menjalani saringan.