PROGRAM KOMUNITI BERDAYA HUNI TAHUN 2022
06/08, KLANG -Program Smart Strata Mampan Pangsapuri Palma, Smart Strata Bandar Botanic Klang melibatkan penyertaan Komuniti pangsapuri.
Pelbagai acara & program telah disusun terbuka kepada semua peringkat umur, golongan dan bangsa pada hari ini seperti pertandingan mewarna, gubahan kain pelekat, masakan siap, pertandingan pengumpulan barangan kitar semula, pertandingan upcycle, pameran kesihatan dan sebagainya. Selain daripada itu, sesi design charades ini adalah merupakan satu platform kepada penduduk setempat untuk memberi ruang kepada penduduk untuk bersama-sama berkongsi idea di dalam menambahbaik ruang berdaya huni ini. Program Kali bertujuan menyokong matlamat Pembangunan Mampan SDGs dalam pembentukkan generasi Klang Sihat Sejahtera bagi memastikan keseimbangan pembangunan masakini untuk keperluan generasi akan datang.