Program Hijau Lestari PBT
25hb Feb- Timb. Pengarah Taman , Pn. Azzura Zainal
hadir mewakili Majlis Perbandaran Klang ke Program Hijau Lestari 2023 yang menyasarkan penanaman 25,223 pokok siantan untuk mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) di Forest Park, Bandar Hillpark Puncak Alam.
Pengarah Undang Undang MPK, Pn. Zulina Yahya turut hadir di program pagi tadi