Puan YDP, TPr. Noraini Roslan hadir merasmikan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MPK bertempat di Dewan Hamzah.
Turut hadir Ketua Unit Pemeriksaan & Perundingan SPRM Selangor PPj Azuan Adzhar, Ketua Penolong Setiausaha Unit Integriti Kerajaan Negeri Selangor Puan Nur Sapran@Shahran, ketua-ketua jabatan dalaman MPK serta kakitangan MPK.
Ceramah dan sesi dialog berkaitan budaya integriti dalam pengurusan perolehan diadakan pada program ini. Perkongsian ilmu dalam ceramah oleh Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Encik Muhammad Fikri Kamarajaman diadakan pada sesi pagi.
Sesi petang pula telah diadakan sesi dialog yang dikendalikan oleh Ketua Penolong Kanan Penguasa Bahagian Pendidikan Masayarakat SPRM Tuan Effezul Azran Abd Maulop sebagai moderator, manakala Ketua Cawangan Kerajaan Dan Agensi Bahagian Pendidikan Masayarakat SPRM PKPj Samsul Salip dan Encik Sasitharan S. Mariappan dari Kementerian Kewangan Malaysia sebagai panel.