Perjumpaan Mediator Komuniti, Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Klang
12hb, Feb- Majlis Perbandaran Klang dijemput memberi taklimat dan berkongsi isu serta pengalaman dalam menangani isu dan aduan yang melibatkan kejiranan. Pengarah Komunikasi Korporat, Pn Norfiza Mahfiz menyampaikan ucapan serta taklimat ringkas mengenai sistem pengurusan aduan yang berkaitan dan kes yang pernah dikendalikan oleh pihak MPK.
Pegawai Perpaduan, Pn Shailawani Noordin membuat ucapan aluan dikuti oleh Dato' Thong Young Koon, Setiausaha Kehormat Jaksa Pendamai.
Sesi perjumpaan Ini bertujuan:-
i) untuk meningkatkan kefahaman ahli mediator komuniti Daerah Klang berkaitan tugas mediasi.
ii) sebagai platform perkongsian ilmu mediasi bersama Jaksa Pendamai dan Majlis Perbandaran Klang
iii) Mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi terlibat
Maklumat MK Klang
1. seramai 25 org ahli MK Daerah Klang yg terdiri daripada 22 org ahli MK dikalangan pemimpin komuniti dan 3 org pegawai di JPNIN.
2. MK yang dilantik di bawah seliaan Jabatan merupakan mereka yg telah ditauliahkan setelah lengkap menghadiri kursus mediasi dan lulus ujian.
3. MK merupakan pengantara untuk menyelesaikan isu /konflik dikalangan komuniti seperti yang diperuntukkan dlm Seksyen 8(d) Akta Rukun Tetangga 2012.
4. Perjumpaan pada hari ini melibatkan perkongsian maklumat dan kes yang pernah dikendalikan oleh Jaksa Pendamai dan pihak MPK.
Turut hadir Pegawai dari Jabatan Kemasyarakatan dan Penguatkuasa MPKlang.