Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Klang Tahun 2020 bertempat di Laman Seni Safari Jalan Tengku Diauddin, Klang. Sambutan dengan tema "Prihatin Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian" ini dihadiri oleh Ahli Parlimen Klang YB. Tuan Charles Santiago, Timbalan YDP MPK Puan Elya Marini Darmin, Pegawai Daerah Klang Tuan Mohd Zainal Mohd Nor, Pengarah Urusan GM Klang Dato' Lim Seng Kok, Ahli-ahli Majlis MPK serta Persatuan Peniaga dan kakitangan MPK.