Majlis Perasmian Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut & Dataran Tanjung,Jeti Tanjung Sepat Dan Penutup Program Kita Rawang Sekampung Peringkat Negeri Selangor.
12HB NOV- Program Kita Rewang Kita Sekampung Peringkat Negeri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022 disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Selangor , YAB Dato' Seri Amirudin Shari .
YDP MPK, TPr Hjh Noraini Roslan hadir bersama di program pagi tadi. Tahniah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat
Peruntukan sebanyak RM 3,225,557.76 telah digunakan untuk membangunkan semula gerai makan dan tapak rekreasi di Jeti Tanjung Sepat yang kini dikenali sebagai Medan Selera Dataran Tanjung, Jeti Tanjung Sepat.
Selain daripada itu, Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut yang teguh berdiri dengan reka bentuk moden dan sangat selesa adalah hasil daripada pelaksanaan projek melalui kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM 3,065,520.00. Projek naik taraf medan selera di Pantai Laut yang siap sepenuhnya pada tahun 2020 tersebut kini selesa menempatkan sebanyak 12 peniaga gerai makanan yang menunya bakal menambat hati pengunjung untuk kunjungan ulangan turut dilengkapi dengan surau, tandas awam, parkir awam dan taman permainan dan gelanggang futsal sedia ada.Rentetan dari reputasi Pantai Batu Laut yang pernah dinobatkan sebagai Johan Pantai Angkat pada tahun 2016.
Pada 7 November yang lepas, Pantai Cunang di Tanjung Sepat yang juga pernah dinobatkan sebagai Johan Pantai Angkat pada tahun 2016 sekali lagi diktiraf dengan mendapat anugerah National Scroll of Honour For Human Settlements 2022 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).