Majlis Pelancaran Kayuhan Menjunjung Kasih Edisi Ke-3
Puan YDP, TPr. Noraini Roslan merasmikan Pelancaran Kayuhan Menjunjung Kasih Edisi Ke-3 Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor bertempat di Auditorium Raja Ismail, MPK. Turut diadakan majlis pengenalan para penaja program kayuhan pada edisi kali ini.
Program Kayuhan Menjunjung Kasih bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor adalah inisiatif pihak MPK dalam menyemarakkan program sempena bulan sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 bersempena dengan Perasmian Jambatan Raja Muda Nala, Klang dengan jarak sejauh 22km.