Majlis Perbandaran Klang telah menerima Sijil Penghargaan sebagai Rakan Strategik Bakat Murid pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Bakat Murid Daerah Klang Tahun 2022 bertempat di Dewan SJK (C) Kong Hoe, Klang.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Hj Helmy Arshad yang merupakan Pengerusi Pakar Selia Teguh Sdn Bhd.
Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sekolah - sekolah yang cemerlang dalam bidang kokurikulum, koakademik dan sukan serta mengiktiraf dan menggalakkan penglibatan murid dan guru dalam aktiviti luar bilik darjah.
Timbalan Pengarah Jabatan Kemasyarakatan MPK, En Ahmad Fahim Rosli menerima bagi pihak MPKlang.