Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022
Majlis Perbandaran Klang telah menyertai Low Carbon City Challenge 2030 Tahun 2022 dan telah diiktiraf untuk menerima anugerah berikut di Majlis Bandar Rendah Karbon 2022 yang telah diadakan pada 20 Februari 2023 di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad. Ini merupakan pengiktirafan kali keempat buat Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang. YDP MPK, TPr. Hjh Noraini Roslan hadir menerima Anugerah.
1. Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang - Kategori LCC Partner - 3 Diamond
2. Sekolah Kebangsaan Taman Gembira - LCC Partner - 3 Diamond
3. Sekolah Kebangsaan St Anne's Convent - LCC Partner - 4 Diamond
4. Falcon Safe Marketing Sdn. Bhd. - LCC Partner - 2 Diamond
5. Solid Horizon - LCC Partner - 2 Diamond