Lawatan kerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Majlis Perbandaran Klang (MPK) ke Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
13hb OKT - Lawatan kerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Majlis Perbandaran Klang (MPK) ke Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diketuai oleh En. Rafeq b. Said Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan.
Delegasi telah disambut oleh YBrs. Tn. Mohd Haji Zulkurnain bin Che Ali, Timbalan Datuk Bandar MBSJ, En. Ismail bin Salim, Pengarah Khidmat Pengurusan serta Jawatankuasa wakil pekerja MBSJ.
Lawatan kerja ini adalah sebahagian daripada sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan peranan MBJ dalam penambahbaik proses kerja organisasi ke arah pengurusan yang cemerlang dan berkebajikan.