KEMPEN PERANGI SAMPAH
MPKLANG- Pasukan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK menjalankan siasatan aduan berkenaan terdapat syarikat meletakkan sampah perniagaan dibahu jalan. Hasil siasatan mendapati terdapat sampah perniagaan iaitu makanan berbungkus tamat tempoh diletakkan dibahu jalan.
Pasukan telah mengeluarkan 1 kompaun kepada sebuah syarikat yang beralamat di Bandar Sultan Suleiman atas kesalahan dibawah UUK5 PPPS MPK 2007 kerana meletakkan sampah sarap iaitu sampah perniagaan di suatu tempat yang tidak dikhaskan oleh pihak Majlis.