Kempen Pencegahan Demam Denggi @ Taman Klang Utama
06hb Ogos - Satu operasi pembersihan lorong belakang telah berlangsung pagi tadi di Jalan Sungai Keramat 21 sehingga 34 sebagai satu langkah untuk mengawal penularan penyakit demam denggi yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. Kawasan tersebut telah mencatatkan sehingga 30 kes dalam tempoh Januari hingga Mei 2023.
Operasi yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Mpklang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang juga telah dibantu dengan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasa dan KDEB . Turut hadir bersama adalah Persatuan Penduduk Taman Klang Utama dan penduduk sekitar.
Di antara aktiviti lain yang dijalankan adalah taklimat pencegahan dan pengawalan Demam Denggi, pemusnahan tempat pembiakan, gotong-royong kendiri, penguatkuasaan kenderaan buruk, pameran dan agihan risalah, abate, aerosol dan repellent kepada penduduk setempat.