Fitnita Senamrobik
25hb Feb - Program Jom Fitnita Klang 2023 telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Sosial dengan sokongan Majlis Perbandaran Klang berjaya mengumpulkan peminat peminat Aerodance, Zumba dan Zapina yg bertemakan Rock N Roll.
Setiausaha MPK, Pn. Elya Marini Darmin bersama Ahli Majlis MPK, Pn Chia Su @ Sharon telah merasmikan program tersebut. Seramai 200 peserta telah berkumpul bagi menjalankan aktiviti kesihatan yang baik. Disamping itu diharap usaha baik oleh Kelab Sukan dan Sosial Mpk dapat diteruskan dimasa-masa akan datang bagi meningkat kesedaran penjagaan kesihatan dan minda yg sihat.