MENU

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman (dua, kiri) serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Unisel kampus Bestari Jaya pada 6 September 2021. Foto ihsan Unisel

SHAH ALAM, 8 SEPT: Universiti Selangor (Unisel) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan pembangunan komuniti di Selangor.

Naib presiden dan timbalan naib canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) Unisel berkata kerjasama dua hala itu adalah inisiatif semua pusat jaringan komunitinya dalam menyalurkan kepakaran pensyarah kepada MPK dan membantu mewujudkan Klang Sejahtera.

“Usaha itu termasuk kajian impak sosial ekonomi, penjenamaan, seni kreatif, pemuliharaan alam, penjanaan ekonomi, keusahawanan dan menjadikan “muzium hidup” Klang sebagai bandar Diraja.

“Kerjasama ini juga membuka ruang kepada pelajar dan ahli akademik Unisel menimba pengalaman latihan industri di pihak berkuasa tempatan (PBT) itu,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh kepada SelangorKini.

Beliau berkata, universiti itu turut merancang melaksanakan cakna komuniti Jelajah Klang 2021, membangun ‘Heritage Trail’ MPK, khidmat konsultansi menerusi penyelidikan analisis impak sosial dan kerjasama pemasaran program akademik Unisel.

MOU di antara kedua-dua pihak ditandatangani Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan Yang Dipertua MPK Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam majlis diadakan di Unisel kampus Bestari Jaya pada Isnin lalu.

Sumber :  SelangorKini
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 17 September 2021 - 4:48pm