MENU

alt="Tiada peniaga warga asing di Pasar Besar Jalan Meru - MPK"
Warga asing yang berada Kompleks Pasar Besar Jalan Meru hanya sebagai pembantu. - Gambar PDT Klang

SHAH ALAM - Hasil bancian yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati kesemua peniaga dan pemegang lesen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru adalah rakyat tempatan, manakala warga asing yang berada di premis berkenaan hanya sebagai pembantu.

Pengarah Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK, Azhar Samsudin berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap dakwaan isu peniaga warga asing di pasar itu dan mensyaratkan hanya warganegara sahaja yang layak memohon premis.

 

"Pihak MPK akan mengambil tindakan sitaan serta-merta, selain pembatalan premis dan pembatalan lesen juga dikenakan ke atas mana-mana penyewa yang menyewakan premis kepada warga asing," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, pemantauan secara berterusan dilaksanakan Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja bagi memastikan tiada warga asing yang berniaga dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang menyewakan premis mereka bagi mencari jalan mudah mengaut keuntungan. - Bernama

Sumber : Sinar Harian
Sila klik pautan di sini 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am