MENU

 


 

KLANG - Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Agensi-Agensi, Pejabat Parlimen Klang dan NGO mengadakan gotong-royong pembersihan dan pemberian bakul makanan kepada penduduk sekitar Jalan Sungai Keramat, Kapar.

EXCO Industri dan Perdagangan Negeri Selangor, YB. Dato’ Teng Chang Khim merangkap ADUN Bandar Baru Klang hadir bagi bersama-sama turun padang membersihkan kawasan yang terkesan akibat banjir bersama sukarelawan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua, Puan Elya Marini Darmin serta bantuan food basket yang diselaraskan oleh pejabat Ahli Parlimen Klang.

Program dimulakan dengan upacara pelepasan program gotong-royong serta taklimat pasca banjir oleh Pengarah Perkhidmatan Persekitaran MPK, En. Zaireezal Ahmad Zainuddin bagi menerangkan inisiatif yang dilakukan MPK dalam membantu aktiviti pembersihan di kawasan-kawasan yang terkesan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, YB. Charles Santiago, Pegawai Daerah Klang, Ahli-ahli Majlis kawasan ke program pada hari ini.

Sumber :  FB MPKlang
Sila klik pautan di sini
Galeri Foto 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 Januari 2022 - 4:45pm