MENU

 


Gerai yang disita sekitar Banting dan Meru Klang

BANTING: Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah melakukan tindakan sitaan terhadap penjaja yang tidak berlesen di sekitar kawasan dekat sini pada pagi Rabu.

MPK bertindak di bawah UUK 3 Penjaja (MPK) 2007 dengan kerjasama Pasukan DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Bersepadu Perobohan Gerai Tanpa Lesen

Sementara itu, dalam operasi yang sama pada Selasa, penguatkuasaan turut dilaksanakan terhadap penjaja warga asing serta penjaja tidak berlesen di Jalan Puding, Jalan Teratai, dan Jalan Abadi 1A, Meru, Klang.

“Sebanyak empat notis kompaun dan tiga sitaan di bawah undang-undang yang sama dikenakan terhadap mereka.

“MPK akan lebih giat dalam membenteras kegiatan dengan lebih tegas agar sistem perlesenan ini akan lebih teratur,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Rabu.

Antara pihak yang terlibat dalam operasi ini ialah Jabatan Penguatkuasa, Pasar dan Penjaja dan Perkhidmatan Persekitaran MPK.

Sumber : SumberKini 
Sila klik pautan di sini

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am