MENU

 

alt="MPK selesai lebih 70 peratus kerja bersih tapak sampah haram di Kapar"Jentera Majlis Perbandaran Klang membersih serta meratakan tapak pembuangan sampah haram di Jalan Kapar, Batu 14, Kapar pada 26 Mei 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

 

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyelesaikan lebih 70 peratus kerja-kerja pembersihan tapak sampah haram di Batu 14, Kapar.

Badan berkuasa tempatan itu berkata tapak yang melibatkan 11 pemilik tanah itu bersempadan dengan daerah Kuala Selangor.

“Pada 18 Mei, satu operasi digerakkan selepas menerima aduan orang ramai bagi memadam kebakaran timbunan sampah yang dipercayai sisa plastik kitar semula dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor.

“Tindakan yang diambil termasuk membersihkan timbunan sampah, menggali parit serta menutup laluan masuk dengan hadangan konkrit selain bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Selangor mengenai tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” kata MPK menerusi Facebook.

 

alt="MPK selesai lebih 70 peratus kerja bersih tapak sampah haram di Kapar"

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor menggunakan teknik gali dan siram pada operasi pembersihan tapak pembuangan sampah haram di Jalan Kapar, Batu 14, Kapar pada 18 Mei 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

Jelasnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bekerjasama memasang kamera litar tertutup selain meningkatkan pengawasan menggunakan dron terutama di kawasan berdekatan tiang transmisi.

MPK turut mengingatkan pemilik tanah agar maklum tentang keadaan semasa tanah milik mereka dan tindakan perundangan boleh dikenakan jika pemilik gagal melapor sebarang aktiviti pelupusan sampah haram.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am