MENU

 


Gerai buah-buahan yang beroperasi tanpa lesen di Jalan Banting, di sini disita oleh MPK dalam satu operasi pada Selasa.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak merobohkan sebuah gerai buah-buahan yang beroperasi tanpa lesen di Jalan Banting, di sini pada Selasa.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, tindakan tersebut dilakukan menerusi satu operasi yang melibatkan penguat kuasa MPK dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, pihak pasukan bersama anggota Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) MPK yang tiba di lokasi mendapati pemilik tiada di kawasan tersebut semasa kerja- kerja sitaan dan perobohan dilakukan.

"Tindakan sitaan dilakukan di bawah UUK 3 Penjaja (MPK) 2007 dan sebanyak 99 buah bakul disita.

"Keadaan baik dan terkawal semasa tugasan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

MPK menyita 99 buah bakul di bawah peruntukan UUK 3 Penjaja (MPK) 2007.

Dalam pada itu, Norfiza berkata, MPK tidak akan berkompromi dalam pembinaan struktur haram dan operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Secara jelas pemilik struktur itu melanggar peraturan dengan mendirikan binaan di atas rizab kerajaan.

“Pihak yang memanipulasi gerak kerja MPK adalah mereka yang tidak memahami undang-undang berkaitan pembinaan struktur, tanah rizab kerajaan dan prosedur memulakan sesuatu perniagaan di dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Sumber : Sinar Harian 
Sila klik pautan di sini

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am