MENU

Emel Jabatan : sdu@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan : Encik Andry Arman Bin Masrom
Emel Ketua Jabatan andry.masrom@mpklang.gov.my
 

1.0 Pengenalan 

Unit Penyampaian Perkhidmatan atau “Service Delivery Unit” (SDU) ditubuhkan pada 01 September 2020 di bawah seliaan Pejabat Timbalan Yang Dipertua/ Setiausaha Majlis Perbandaran Klang.

Unit Penyampaian Perkhidmatan bertindak sebagai penyelaras dan mencadangkan “Standard Operating Procedure” (S.O.P) jabatan yang memerlukan cadangan penambahbaikan dan penjenamaan semula. Selain itu, Unit Penyampaian Perkhidmatan juga bertanggungjawab dalam memantau serta menyelaras aduan yang dipanjangkan kepada pihak Majlis dengan lebih berkesan.
 

2.0 Objektif

  • Memperkasa dan memantapkan urus tadbir Majlis Perbandaran Klang dengan memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard dan prosedur yang telah ditetapkan.
     
  • Memperkasakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Majlis Perbandaran Klang melalui proses kerja dan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard.
     

3.0 Fungsi

Terdapat 4 fungsi utama Unit Penyampaian Perkhidmatan iaitu:

  • Menyemak dan mengkaji semula kesempurnaan ‘Standard Operating Procedure’ (S.O.P) serta Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang sedia ada di jabatan/ bahagian/ unit di peringkat Majlis yang memerlukan penambahbaikan dan penjenamaan semula.
     
  • Memastikan semua manual prosedur kerja di setiap jabatan / bahagian / unit dikemaskini dan dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan.
     
  • Mengkaji keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan melaporkan kepada Pihak Pengurusan.
     
  • Mengesyorkan cadangan penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan S.O.P yang lebih berkesan dan sistematik bagi sesuatu Jabatan.

 

4.0 Carta Organisasi 
 

5.0 Direktori

Tarikh kemaskini : 19 Ogos 2021

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am