MENU

Emel Jabatan : undang@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan :  Puan Zulina Binti Yahya
Emel Ketua Jabatan : zulina.yahya@mpklang.gov.my

1.0  Pengenalan

Jabatan Undang-Undang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Jabatan Undang-Undang bertanggungjawab ke atas hal-hal perundangan, gubalan, pendakwaan dan penguatkuasaan dan disokong oleh 126 kakitangan dan diketuai oleh Pegawai Undang-Undang yang bertempat di Bangunan Sultan Suleiman, Jalan Stesen, Klang sehingga tahun 2001.

Pada Januari 2002, Jabatan Undang-Undang telah dibahagikan kepada dua (2) jabatan iaitu Pejabat Penasihat Undang-Undang yang diletakkan di bawah Pejabat Yang Dipertua dan Bahagian Penguatkuasaan yang diletakkan di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan.

Pada September 2002, lokasi Pejabat Penasihat Undang-Undang telah dipindahkan ke Tingkat 6, Menara A & M, Garden Business Centre, No. 4, Jalan Istana, 41000 Klang.

Pada April 2008, Pejabat Penasihat Undang-Undang telah ditukar kepada Jabatan Undang-Undang dan ditempatkan di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Cawangan MPK, Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang pada bulan Oktober 2008 sehingga kini.

Pada 01 Februari 2018 Jabatan Undang-Undang telah diasingkan kepada dua (2) bahagian iaitu Jabatan Undang-Undang dan Unit Litigasi dan Pendakwaan yang diletakkan di bawah Pejabat Yang Dipertua. Sehingga kini Jabatan Undang-Undang diterajui oleh Pengarah Undang-Undang dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Undang-Undang, tiga (3) orang Penolong Pegawai Undang-Undang dan sebelas (11) orang kakitangan.

Senarai kakitangan adalah seperti berikut:-

  • Seorang Pengarah Undang-Undang (L52) (Tetap);
  • Seorang Timbalan Pengarah Undang-Undang (L41) (Kontrak);
  • Seorang Pegawai Undang-Undang (L41) (Kontrak);
  • Seorang Penolong Pegawai Undang-Undang (L29) (Tetap);
  • Dua (2) orang Penolong Pegawai Undang-Undang (L29) (Kontrak);
  • Seorang Pembantu Tadbir  Kanan (N22) (Tetap);
  • Seorang Pembantu Tadbir (N22) (Tetap);
  • Tiga (3) orang Pembantu Tadbir (N19) (Tetap);
  • Tiga (3) orang Pembantu Tadbir (N19) (Kontrak);
  • Seorang Pembantu Penguatkuasa (KP19) (Tetap);
  • Seorang Pembantu Operasi (N11) (Tetap); dan
  • Seorang Pemandu (H11) (Tetap). 
     

1. Bahagian Pentadbiran

  • Menguruskan penerimaan surat/dokumen dari jabatan dalaman Majlis dan agensi luar.
  • Menguruskan penghantaran surat/dokumen ke jabatan dalaman Majlis dan agensi luar.
  • Menguruskan kedatangan dan laporan kakitangan jabatan.
  • Menguruskan cuti kakitangan jabatan.
  • Menguruskan belanjawan dan vot Jabatan.
  • Mengawal penerimaan dan pengeluaran wang runcit jabatan.
  • Menguruskan permohonan elaun kakitangan jabatan.
  • Menguruskan rekod dan fail jabatan.
  • Menguruskan dan menyelaras aset dan inventori Jabatan.
  • Menguruskan pelupusan rekod, fail dan aset jabatan.
  • Menguruskan mesyuarat dalaman/luaran jabatan.
  • Menguruskan penerimaan dan pembelian pesanan tempatan jabatan.
  • Menguruskan penggunaan Kad ‘Touch N Go’ jabatan.
  • Menguruskan penggunaan kenderaan jabatan.

 

2. Bahagian Khidmat Nasihat Dan Perundangan

(a)  Gubalan dan Penyelidikan Maklumat

  • Menggubal dan meminda undang-undang subsidiari yang digunapakai oleh Majlis.
  • Menjalankan tugas-tugas Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan isu-isu perundangan.
  • Mengadakan latihan atau taklimat berkaitan perundangan yang digunapakai oleh Majlis kepada semua kakitangan.

​(b) Kontrak dan Perjanjian

  • Mengendalikan urusan penyempurnaan kontrak dan perjanjian daripada jabatan berkaitan.
  • Menyediakan dan menyemak perjanjian.
  • Menguruskan dokumen perjanjian dan kontrak bagi duti setem/pengecualian dan penyeteman di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
     

2.0  Objektif

Jabatan Undang-Undang bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan yang berkualiti dan selaras dengan undang-undang Malaysia, menggubal dan membentangkan Undang-Undang Kecil kepada Majlis di samping menguatkuasakan dan memastikan pematuhan terhadap setiap aspek perundangan oleh kakitangan Majlis.

 

3.0  Fungsi dan Strategi

Fungsi 

Memberikan nasihat dan perkhidmatan perundangan kepada Jabatan dalaman supaya setiap tindakan yang dijalankan tidak “ultra vires” dan sah daripada segala aspek perundangan di mana khidmat nasihat adalah merangkumi proses seperti berikut: -

  • Menerima fakta-fakta yang berkaitan daripada Majlis atau Jabatan dalaman yang memerlukan khidmat nasihat perundangan.
  • Memberi khidmat nasihat berdasarkan peruntukan undang-undang.
  • Bertanggungjawab meminda, menggubal dan menyemak draf Undang-Undang Kecil, Perintah serta Kaedah.
  • sebelum dikemukakan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk cetakan warta.
  • Menyediakan dan menyemak draf pelbagai perjanjian yang diperlukan di mana semakan perjanjian akan mengambilkira kepentingan Majlis dan memastikan setiap klausa di dalam perjanjian adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dan prinsip am perjanjian.
  • Semakan juga bagi memastikan setiap perjanjian yang dimeterai adalah sah di sisi undang-undang serta boleh digunapakai sekiranya perjanjian dijadikan dokumen pembuktian semasa tindakan perundangan difailkan oleh pihak Majlis atau dikenakan terhadap Majlis.

 

Strategi

Mendidik kakitangan Majlis secara khususnya dan orang awam secara amnya supaya pematuhan undang-undang dijalankan dengan berkesan melalui beberapa tindakan yang merangkumi: -

  • Menggubal dan/atau meminda Undang-Undang Kecil Majlis bagi mengikut kesesuaian perubahan arahan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau polisi pentadbiran Majlis dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti dan taklimat yang berkaitan dengan isu-isu perundangan.
     

4.0  Piagam Pelanggan

  • Kami sebagai kakitangan Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Klang akan memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap, amanah dan berkualiti dalam melaksanakan fungsi-fungsi jabatan dan ke arah menjadikan Majlis Perbandaran Klang sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk: -
    • Memberikan maklumat perundangan yang tepat.
    • Memberikan nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan-jabatan dalaman Majlis Perbandaran Klang, agensi-agensi luar dan orang awam dengan kadar segera.
    • Memastikan setiap dokumen perundangan dan dokumen berkaitan kes-kes mahkamah yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang disimpan dalam keadaan selamat dan diklasifikasikan sebagai “sulit” bagi mengelakkan kebocoran maklumat sulit dan melindungi kerahsiaan dokumen.
    • Memastikan imej Majlis Perbandaran Klang dan kepentingan awam terpelihara dalam setiap proses kerja jabatan ini.
    • Menjalankan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kes supaya ‘win-win situation’ dan penyelesaian di luar mahkamah dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung memastikan pengurangan kos di pihak Majlis Perbandaran Klang.
       

5.0 Carta Organisasi 

6.0 Direktori Kakitangan
 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Februari 2024 - 10:53am