MENU

Emel Jabatan: persekitaran@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Zaireezal Bin Ahmad Zainuddin
Emel Ketua Jabatan: zaireezal.zainuddin@mpklang.gov.my

1.0  Pengenalan

 

Selepas penswastaan pada 1998, diwujudkan Unit Kawal Selia yang diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran. Unit ini terdiri daripada 30 orang dan berfungsi sebagai pemantau kepada aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh Alam Flora Sdn.Bhd. Pada tahun 2000, bahagian ini bermula sebagai sebuah bahagian di Jabatan Kesihatan yang dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar. Dengan pertambahan kakitangan dan fungsi, bahagian ini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar  pada tahun 2002 sehingga April 2011. Mulai Mei 2011, jabatan ini telah ditukar nama dan dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Persekitaran dan terdiri daripada 171 orang kakitangan pada ketika itu. Pada tahun 2021, jumlah kakitangan adalah 128 orang.

Jabatan ini menjalankan pemantauan dan kawalan terhadap kontraktor yang dilantik bagi memastikan skop dan spesifikasi kerja yang ditetapkan oleh pihak Majlis. Jabatan ini juga membuat kawalan serta penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu alam sekitar seperti pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka di kawasan Majlis. Penguatkuasaan juga dilaksanakan terhadap premis atau individu yang melanggar peraturan dan arahan pihak Majlis seperti membuang sampah di tempat awam, tidak menyediakan tong sampah dan karung sampah serta memantau premis-premis yang membuang sisa terus ke longkang.

Jabatan Perkhidmatan Persekitaran juga berfungsi memastikan kebersihan sebelum dan selepas selesai sesuatu program atau acara rasmi dan tidak rasmi Majlis. Jabatan ini juga membantu penduduk menjalankan kegiatan gotong-royang serta membantu agensi-agensi yang melaksanakan program dengan membantu menyediakan tong sampah roro, peralatan pembersihan dan jentera bagi melancarkan program yang dijalankan. Jabatan ini juga giat mempromosikan kempen kitar semula bagi mendidik masyarakat mengamalkan amalam kitar semula di setiap premis masing-masing serta berkerjasama dengan agensi kerajaan, NGO serta persatuan penduduk dalam menjayakan program kitar semula.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) ke 7 / 2016 yang bersidang pada 24 Februari 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 8 /2016 pada 2 Mac 2016 telah menimbang dan meluluskan cadangan bagi mewujubkan project management company (PMC) milikan kerajaan negeri sebagai pengurus bagi pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu di Majlis Perbandaran Klang sebagai projek perintis (pilot project) beserta objektif, fungsi  dan skop tugasan PMC. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor juga bersetuju supaya syarikat milik penuh Kerajaan Negeri iaitu KDEB Waste Management Sdn Bhd dilantik sebagai PMC bagi pelaksaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu yang akan dilaksanakan di Majlis Perbandaran Klang sebagai projek perintis. KDEB Waste memulakan tugas dengan tempoh perjanjian selama  7 tahun di mpk bermula :
 

KERJA

MULA

TAMAT

TEMPOH PERJANJIAN

Kutipan Sisa Pepejal

1 Julai 2016

30 Jun 2023

7 Tahun

Pembersihan Awam

1 Mac 2017

29 Februari 2024

7 Tahun (7 Fasa Serahan)

 

Akta-akta dan Peraturan yang digunapakai : 

1.         Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)

2.         Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133)

3.         Undang-undang Kecil Pembuangan ,Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007

 

​​2.0  Objektif

  • Memberi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, pembersihan kawasan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dan pendidikan dan promosi  berkaitan pengurusan sisa pepejal dan kitar semula di Majlis Perbandaran Klang.

 

3.0  Fungsi 

Fungsi jabatan mengikut bahagian/unit adalah seperti berikut:

3.1   Unit Pentadbiran

  • Menyelaras permohonan cuti rehat atau cuti sakit kakitangan.
  • Penyelarasan tuntutan kakitangan.
  • Menyelaras keperluan mesyuarat untuk jabatan.
  • Menyelaras program khas majlis.
  • Menyelaras keperluan dan peralatan pejabat.
  • Menyelaras penyediaan kertas kerja.
  • Menguruskan kertaskerja, manual pengguna dan dokumen ISO jabatan mengikut prosedur ISO Majlis Perbandaran Klang.
  • Menerima dan memberi maklumbalas aduan bagi jabatan
  • Mengurus hal ehwal kakitangan Jabatan (kedatangan, kursus, tatatertib, peraturan, dan lain-lain).
  • Menguruskan surat-surat keluar/masuk, fail-fail dan laporan-laporan jabatan
  • Menyelaras keperluan berkaitan kebersihan bagi acara-acara rasmi Majlis seperti pembekalan tong sampah, pekerja pembersihan dan lain-lain keperluan.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan.
  • Menyediakan maklumbalas dan mengedarkan surat-surat kepada jabatan dalaman dan agensi luar.
  • Menyelaras program khas Majlis untuk dilaksanakan di peringkat jabatan seperti program 5S, program ISO, program Kumpulan Inovatif&Kreatif (KIK), perlaksanaan aplikasi HRMIS dan lain-lain.
  • Mengawal selia dan memastikan segala keperluan dan peralatan pejabat mencukupi untuk kegunaan kakitangan dalam menjalankan tugas harian.

 

3.2   Unit Pendidikan

  • Mengadakan program alam sekitar seperti ceramah mengenai penjagaan kebersihan, kitar semula dan gotong-royong bersama persatuan penduduk atau NGO di kawasan Majlis.
  • Mengadakan bahan-bahan kempen seperti iklan, papan tanda dan banner bagi memberikan kesedaran dan sikap orang ramai.
  • Mengadakan sesi ceramah atau taklimat kepada orang ramai atau pihak sekolah mengenai pengurusan sisa pepejal yang sempurna dan kepentingan penjagaan alam sekitar.
  • Mengadakan dan menyelaras aktiviti yang dapat memupuk semangat cintai alam sekitar terutama di kalangan pelajar.
  • Menyelaras aktiviti Pertandingan Kebersihan Kampung dan Taman Perumahan dan Pertandingan Kebersihan diantara Kontraktor yang dilaksanakan oleh jabatan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti dalam program kitar semula seperti pembinaan pusat kitar semula, penempatan tong @ kiosk kitar semula dan sesi taklimat mengenai kitar semula.
  • Menyediakan laporan prestasi kutipan barang kitar semula yang dilaksanakan oleh sekolah, industri dan NGO.
  • Mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak berkepetingan bagi melaksanakan program kitar semula komuniti.
  • Mengadakan pertandingan Kebersihan dan Keceriaan taman perumahan peringkat zon.
  • Mengadakan pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula peringkat zon.
     

3.3   Unit Kontrak KDEB

  • Memproses, menilai, membuat kiraan dan menyediakan laporan bagi tuntutan pembayaran kepada KDEB
  • Menyelaras dan memantau kakitangan bawahan Jabatan (pemantau kawasan)
  • Memantau dan menyelia aktiviti atau perkhidmatan wajib oleh kontraktor Majlis(KDEB) iaitu Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan di
  • Menyelia dan memastikan aduan yang diterima berkenaan pembersihan kawasan dan kutipan sisa pepejal disiasat dan diselesaikan dengan  betul.(ISO)
  • Memproses permohonan kawasan baru yang diserahkan oleh pemaju dan pihak berkaitan
  • Menyediakan dan mengemaskini inventori kawasan baru yang diserahkan kepada jabatan
  • Menyediakan kertas kerja berkaitan serahan kawasan baru, cadangan penambaikan jabatan dan yang mana berkaitan
  • Menyelaras lawatan tapak bersama pemaju dan pihak berkepentingan
  • Memantau dan menyelaras ISO jabatan
  • Menyediakan prestasi dan laporan KDEB
  • Membentangkan prestasi KDEB di setiap mesyuarat berkaitan
  • Menyelaras mensyuarat prestasi KDEB
  • Membuat semakan dan ulasan terhadap perjanjian semasa dan tambahan KDEB
  • Menyemak dan memproses permohonan kelulusan pelantikan kontraktor Sisa Pepejal Industri
  • Menyemak laporan NTP yang telah dihantar oleh kontraktor
  • Menyemak laporan NTP dari pemantau dan Menyediakan laporan NTP terhadap kontraktor
  • Menyemak dan memberi ulasan terhadap setiap projek kelulusan pembangunan baru(Sistem OSC)
  • Menyelaras dan memproses Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan
  • Melaporkan serta membentangkan laporan prestasi KDEB di dalam semua mesyuarat berkaitan.
     

3.4   Unit Kontrak Saliran

  • Memproses tuntutan pembayaran kepada kontraktor
  • Menyelaras dan memantau kakitangan bawahan Jabatan (unit ripper dan saliran)
  • Menyelia dan memastikan aduan yang diterima disiasat dan dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan
  • Menyemak laporan pembayaran kerja-kerja kontrak yang dijalankan oleh kontraktor kawasan.
  • Membuat semakan laporan prestasi kontraktor kawasan setiap bulan.
  • Menyediakan inventori parit dan longkang
  • Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran
  • Menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi mengurangkan dan mengatasi masalah banjir kilat (membantu pasukan PANTAS).
  • Mengorek dan membersih sistem saliran / perparitan mengikut jadual perancangan dan aduan.
  • Membersih perangkap sampah di dalam parit dan kolam tadahan banjir bagi kawasan in-house.
  • Memeriksa dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik  bagi memastikan setiap perkhidmatan yang dilaksanakan mematuhi skop dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.
     

3.5   Unit Kewangan

  • Proses pengeluaran Borang Pelaksanaan Kerja (Obligasi)
  • Proses pengeluaran inden
  • Proses pembayaran
  • Menguruskan vot-vot peruntukan jabatan dan laporan belanjawan.
  • Merancang perbelanjaan jabatan
  • Mengemaskini baki peruntukan jabatan
  • Memastikan peruntukan jabatan mencukupi setiap tahun
  • Memohon peruntukan baru jika ada keperluan
  • Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
  • Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
  • Mengurus pesanan tempatan.
  • Menyemak segala tuntukan perbatuan dan kerja lebih masa pekerja
  • Membuat proses pembekalan Tong Sampah Komunal 1500L (LB), Mobile Garbage Bin (MGB).
  • Mengawal selia pengurusan stor agar dapat memenuhi keperluan untuk pelaksanaan aktiviti jabatan pada setiap hari seperti keperluan beg plastik sampah, tong sampah dan peralatan yang berkaitan.
  • Menyelaras pembelian bekalan stor supaya semua keperluan seperti tong sampah, beg plastik sampah dan lain-lain peralatan mencukupi.
     

3.6   Unit Pemantauan

  • Memeriksa dan memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Kontraktor Majlis bagi memastikan setiap perkhidmatan yang dilaksanakan mematuhi skop dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.
  • Menerima,menyiasat dan memberi maklumbalas terhadap masalah atau aduan daripada orang awam atau lain-lain agensi.
  • Meneruskan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ke atas orang awam di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah 2007 (MPK).
  • Menjalankan rondaan dan pemantauan harian ke atas aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
  • Mengadakan mesyuarat, taklimat, perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan seperti pemimpin-pemimpin tempatan, Ahli Majlis, jabatan dalaman dan luaran, Persatuan penduduk dan Masyarakat bagi menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
  • Menyelaras pembersihan kawasan-kawasan pengumpulan sampah gelandangan.
  • Membuat operasi “Sifar Sampah Longgok” di beberapa kawasan ‘Hot Spots’ sampah longgok di zon-zon yang dikenalpasti terutamanya di jalan-jalan laluan utama dan laluan orang ramai – Program TtC (Tour to Clean).
     

3.7   Unit Sokongan

         Unit sokongan terdiri daripada 4 unit utama iaitu :

1. Green Squad

  • Menyelaras dan memastikan segala keperluan untuk program gotong-royong seperti tong sampah, kenderaan dan peralatan disediakan
  • Membantu untuk aktiviti gotong-royong / penghantaran tong dan barang-barang gotong royong
  • Membersihkan sampah-sampah pukal di kawasan yang belum dikontrakkan
  • Menjalankan kerja-kerja kutipan sampah domestik bagi kawasan yang belum dikontrakkan (kawasan baru)
  • Membersihkan tapak transit setiap hari
     

2. Sapuan

  • Membuat sapuan di kawasan-kawasan yang belum dikontrakkan
  • Membersih dan melupuskan sampah-sampah kecil yang berteraburan
  • Memungut sampah dan sapuan di kawasan tapak bazar perayaan, program rasmi Majlis dan Kerajaan Negeri.
  • Membantu dalam aktiviti gotong-royong

 

3. Jetter

  • Membuat pembersihan longkang tersumbat di kawasan Majlis
  • Membantu dalam program gotong royong dan bencana
  • Menjalankan pembersihan longkang secara manual bagi kawasan yang belum di kontrakkan
  • Membantu unit dalaman jabatan bagi melaksanakan program bersama

 

4, Bengkel (pembaikan)

  • Membaikpulih tong-tong sediada seperti tong roro, komunal yang rosak
  • Membina papan tanda amaran
  • Membina sebarang keperluan jabatan seperti inovasi jabatan, papan tanda arah
  • Membaikpulih badan kenderaan jabatan
  • Membantu unit dalaman jabatan bagi melaksanakan program bersama

3.8   Unit Smart Squad (Penguatkuasaan)

  • Menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap orang awam atau pemilik premis di atas sebarang kesalahan yang melibatkan akta atau undang-undang kecil yang digunakan oleh Majlis.
  • Membantu unit-unit dalaman jabatan dalam menangani masalah yang berkaitan.
  • Memantau dan mengambil tindakan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh orang awam.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan serta memberi maklumbalas ke atas aduan-aduan yang dilaporkan.
  • Mengeluarkan notis dan kompaun kepada individu, pemilik premis dan kilang-kilang yang melakukan kesalahan alam sekitar.
  • Menjalankan operasi bersepadu penguatkuasaan dengan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan pada setiap minggu di kawasan premis perniagaan.
  • Menjalankan operasi kawalan dan pengintipan pembuangan sampah secara haram di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.
  • Memantau dan mengawasi aktviti pemajuan tanah agar tidak dijadikan sebagai tapak pembuangan sampah secara haram.
  • Melaksanakan Operasi Kutu Sampah terutama di kawasan pusat-pusat bandar.
     

4.0  Piagam Pelanggan

Bil

Skop

Kekerapan

  1.  

Kutipan Sampah di Kawasan Perumahan

3 hari seminggu

  1.  

Kutipan Sampah di Kawasan Perniagaan / Pusat Bandar

7 hari seminggu

  1.  

Kutipan Sampah di Tong Sampah Berpusat

7 hari seminggu

  1.  

Kutipan Sampah di Kawasan Kampung

3 hari seminggu

  1.  

Kutipan Sampah di Kawasan Jalan Utama / Protokol

7 hari seminggu

  1.  

Pemotongan Rumput

2 kali sebulan

  1.  

Mencuci Longkang

2 kali sebulan

  1.  

Sapuan Jalan Utama (Jalan Majlis)

7 hari seminggu

  1.  

Sapuan Jalan perumahan (Jalan Majlis)

1 kali seminggu

  1.  

Pembersihan Longkang Besar

3 bulan sekali

  1.  

Pembersihan Kolam Tadahan

6 bulan sekali

  1.  

Pembersihan pasar Malam / Pasar pagi

Setiap hari pasar

  1.  

Pembersihan Sampah Kebun, Pukal dan Haram (KPH)

6 hari seminggu

  1.  

Aduan kutipan sisa domestik

24 Jam

  1.  

Aduan pembersihan awam

5 hari bekerja

 

5.0  Carta Organisasi

6.0  Direktori Kakitangan

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am