MENU

Timbalan Pengarah : TPr. Yusrina Binti Mohamad Yusof
Emel Ketua Jabatan yusrina.yusof@mpklang.gov.my

1. PENGENALAN

Jabatan perancang bandar adalah sebuah jabatan yang diwujudkan pada tahun 1984.  Diperingkat awal penubuhannya jabatan ini diletakkan dibawah jabatan kejuruteraan dan bangunan sebagai unit kecil. Jabatan ini bertangungjawab dalam mengawal pembangunan seluruh daerah klang bagi membentuk satu kawasan perbandaran yang dinamik, terancang dan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang dengan mutu kehidupan dan suasana persekitraan yang bersih dan menarik.

Sehubungan dengan itu, jabatan perancang bandar sentiasa memastikan pembangunan gunatanah dirancang secara komprehensif dengan penyediaan pelan perancangan jangka panjang seperti penyediaan rancangan struktur dan rancangan tempatan serta dikawal dengan peruntukan akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172). Jabatan juga menerima pakai kaedah, garispanduan dan piawaian perancangan negeri Selangor serta mematuhi polisi dan dasar serta pekeliling negeri dari semasa ke semasa dalam melaksanakan hasrat kerajaan negeri bagi membentuk satu perancangan bandar yang baik dalam masyarakat yang harmoni. Untuk mencapai hasrat tersebut jabatan sentiasa memastikan kakitangan mempunyai sikap tanggungjawab dan komited terhadap kerja supaya menjadi lebih efisyen dan berdaya maju.

2. VISI

Klang sebagai sebuah perbandaran bertaraf antarabangsa / dunia yang lestari dengan perancangan secara holistik pada tahun 2020.

3. MISI

Merancang, mengawal pembangunan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui mekanisma tadbir urus yang berdaya maju untuk masyarakat klang yang harmoni

4. OBJEKTIF JABATAN

Jabatan perancang bandar majlis perbandaran klang bertangungjawab didalam mencapai objektif berikut :-

Objektif Umum
Membentuk strategi pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana perbandaran yang mampan dan seimbang

Objektif Pembangunan Fizikal
Menyediakan rangka pembangunan yang dapat berinteraksi secara harmonis dengan persekitaran tanpa menimbulkan kacau ganggu atau kesan negatif jangka panjang

Objektif Pembangunan Sosial
Tidak mengabaikan elemen kemanusiaan iaitu keperluan tehadap kemudahan pelajaran, rekreasi , ibadah , dan sebagainya didalam melaksanakan pembangunan fizikal

Objektif Pembangunan Ekonomi
Menyokong pembangunan ekonomi dan menyeimbangkan dengan keperluan social dana lam sekitar.

OBJEKTIF BAHAGIAN KAWALAN & PERANCANGAN PEMAJUAN

  • Menyediakan laporan dan ulasan teknikal keatas sesuatu permohonan kebenaran merancang bagi pertimbangan Jawatankuasa Perancangan Dan Pembangunan ( Jawatankuasa Pusat Semakan Setempat )
  • Permohonan  penamaan taman , nama jalan dan pernomboran bangunan
  • Permohonan sokong tanah kerajaan
  • Permohonan pelan Pra – Hitung
  • Memproses permohonan Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Tanah Kerjaan dan lain – lain permohonan berkaitan pemajuan tanah.
  • Memberi ulasan ke atas  pelan bangunan dan sijil layak menduduki dari aspek keperluan perancangan bandar.
  • Memberi ulasan ke atas permohonan lesen, iklan dan analisa kesan alam sekitar bila perlu.
  • Menimbang cadangan pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan sukan dari pihak swasta.
     

UNIT KAJIAN DAN PROJEK

  • Penyediaan rancangan tempatan klang
  • Penyediaan pelan – pelan tindakan sebagai pelan kawasan khas lanjutan daripada rancangan tempatan ( TRM Pulau Indah , Kg Batu Belah  dan Kg Jawa, Pelabuhan Klang )
  • Menyediakan inventori dan pelan kemasyarakatan untuk Rancangan Malaysia
     

UNIT GIS DAN PEWARTAAN

  • Menyediakan aplikasi – aplikasi GIS , untuk kegunaan jabatan
  • Mengemaskini pelan perkawasan , pelan susunatur dan pelan pra – hitung sebagai pelan pembangunan komprehensif Majlis
  • Menyediakan dan memgemaskini iventori tanah lapang awam.
  • Menyediakan dan mengemaskini iventori kemudahan awam dan kemudahan masyarakat
     

UNIT PENGUATKUASAAN & SETINGGAN

  • Memantau ke atas aktiviti pemajuan tanah yang dimula dan dijalankan tanpa kebenaran merancang dan mengambil tindakan  undang – undang ke atas kesalahan tersebut dengan merujuk seksyen 19, akta 172.
  • Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas sebarang aduan yang diterima berkaitan perancangan bandar.
  • Menjalankan bancian keatas pembinaan struktur tanpa kebenaran dan bercanggah dengan zon perancangan.
  • Memutihkan kilang – kilang tanpa izin.
  • Melaksanakan gerakan pendaftaran dan bancian setinggan.
  • Memantau pertumbuhan kawasan – kawasan setinggan pada setiap masa.
  • Mengadakan operasi penguatkuasaan (keatas setinggan baru).
  • Menyelaras pengagihan rumah kos rendah (oleh agensi kerajaan dan swasta) dengan mengutamakan penghuni setinggan sebagai sasaran utama.
  • Melaksanakan segala dasar – dasar mengenai setinggan oleh Kerajaan Negeri.
     

UNIT PELABURAN & PEMBANGUNAN MAMPAN

  • Menrencanakan dan menyelaras Program Agenda 21 Klang.
  • Menrencanakan dan menyelaras Program Bandar Selamat Klang.
  • Menyelaras Program Permuliharaan Sungai Klang ( River Ranger ).
  • Menyelaras Program Bersepadu Pesisir Pantai Klang ( ICCM )
  • Menyelaras pengukuran Bandar Mampan (MURNInets)
  • Menyelaras dan pemantauan perlaksanaan Program Dasar Perbandaran Negara ( e – DPN)
  • Menyelaras Program Bandar Selamat
  • Menrasangkan perlaburan dan mengalakkan perindustrian di Daerah Klang.
  • Menwujudkan kemudahan komunikasi antara kerajaan dengan para pelabur tempatan dana asing.
  • Membantu pelabur menandatangi masalah berhubung perluasan dan prosidur kelulusan
  • Menyediakan kemudahan maklumat tanah, lokasi, potensi, kawasan, kegunaan tanah/ zoning dan sebagainya.
  • Berkerjasama dengan dewan perniagaan dan perdaganggan tempatan dalam dan luar negara.
     

UNIT PENTADBIRAN

  • Pengurusan segala urusan berkaitan kakitangan.
  • Menaip, merekod, menjlilid surat-surat dan kertas  kerja – kerja mesyuarat.
  • Mengurus dan merekod pendaftaran serta perjalanan fail jabatan.
  • Mengedar dan memaklumkan segala arahan rasmi majlis dan perkeliling kepada kakitangan.
  • Mengurus dan melenggarakan stok peralatan pejabat dan teknikal.

 

5. PIAGAM PELANGGAN

Memberi pertimbangan keatas keputusan kebenaran merancang dalam tempoh 80 hari berkerja bagi permohonan serentak dan 57 hari bekerja bagi permohonan berasingan.
 

6. LAIN – LAIN BERKAITAN

SENARAI UNDANG – UNDANG / PERKELILING DAN LAIN – LAIN RUJUKAN

AKTA

  • Kanun Tanah Negara . 1965 (Akta 56)
  • Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
  • Akta Perancang Bandar Dan Desa, 1972 (Akta 172) Dan Pindaan Akta A933 Dan A 1129.
  • Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974 ( Akta 133)

UNDANG – UNDANG KECIL

  • Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam Negeri Selangor, 1984

PERATURAN DAN GARISPANDUAN

  • Kaedah –Kaedah Pengawalan (Am) Negeri Selangor, 1996
  • Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Selangor, 1996
  • Garispanduan Dan Piawaian Perancangan, Majlis Perbandaran Klang
  • Pelan Perkawasan Majlis Perbandaran Klang
  • Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020
  • Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang 2020
  • Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015
  • Rancangan Struktur Klang, 1986 – 2020
  • Manual Garispanduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua)
  • Rancangan Tempatan Kawasan Pusat Perdangangan Klang Dan Pelabuhan Klang, 1990 – 2010
  • Rancangan Tempatan Kapar – Meru, 1998 – 2010
  • Rancangan Tempatan Pandamaran, 1998 – 2010
  • Polisi – Polisi, Dasar – Dasar Dan Perkeliling Kerajaan
  • Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok
     

7. CARTA ORGANISASI         

8. DIREKTORI KAKTANGAN

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 November 2021 - 10:22am