MENU

 Emel Jabatan: penguatkuasa@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan: Encik Andry Arman Bin Masrom
Emel Ketua Jabatan: andry.masrom@mpklang.gov.my

1.0  Latar Belakang

  • Bahagian Penguatkuasa telah ditubuhkan pada 01 Ogos 1974 dengan kekuatan anggota seramai 6 orang di bawah pentadbiran Jabatan Pentadbiran.
  • Pada tahun 1986, Bahagian Penguatkuasa telah digabungkan dengan Bahagian Undang-Undang untuk dijadikan sebagai sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Undang-Undang dan ditempatkan di Bangunan Sultan Suleiman, Klang Selatan.
  • Pada akhir tahun 2002, Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah seliaan Jabatan Pentadbiran MPK dan berpindah ke bangunan baru di Jalan Lembaga Bandaran, Off Jalan Tepi Sungai, Klang.
  • Pada tahun 2007, Bahagian Penguatkuasa telah dinaik taraf kepada JABATAN PENGUATKUASA.  Detik bersejarah ini menjadi satu detik yang sangat mencabar dan memerlukan kecekapan serta pengetahuan yang lebih meluas untuk memastikan Objektif serta Piagam Pelanggan Jabatan Penguatkuasa dapat dicapai sepenuhnya.
     

2.0  Objektif

Bertanggungjawab bagi segala urusan pengawalan serta Penguatkuasa undang-undang dijalankan selaras dengan peruntukan undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Majlis dan Kerajaan.
 

3.0  Piagam Pelanggan

  • Menentukan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Akta, Enakmen, Undang-Undang Kecil, Perintah yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Klang.
  • Memastikan setiap aduan yang diterima, siasatan dijalankan dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan mengikut Prosedur ISO 9001:2015 yang ditetapkan oleh Majlis.
  • Mendidik dan meningkatkan tahap kefahaman penduduk melalui penguatkuasaan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
  • Memastikan kerjasama dan bantuan yang dipohon dari lain-lain jabatan/agensi dilaksanakan secara sistematik.
  • Memastikan proses perlaksanaan penguatkuasaan berdasarkan S.O.P Penguatkuasa Selangor.
     

4.0  Fungsi

Terdapat 5 fungsi utama Jabatan Penguatkuasa iaitu: 

  • Melahirkan anggota penguatkuasa yang berilmu, berdedikasi serta celik IT dengan mengadakan kursus-kursus luaran dan dalaman.
  • Menambah kakitangan sokongan bertaraf tetap / kontrak.
  • Mengemaskinikan semua data-data aktiviti jabatan ke dalam laman web Majlis Perbandaran Klang.
  • Mewujudkan sistem inventori barang rampasan berkomputer.
  • Mempergiatkan tindakan Penguatkuasa serta mendidik masyarakat Klang untuk lebih mematuhi Undang-Undang Majlis.

Fungsi jabatan mengikut unit adalah seperti berikut :-

  • Bahagian Lalulintas(terdapat 3 unit : Unit Trafik, Unit Tunda, Unit Letak Kereta)
  • Bahagian Operasi(terdapat 4 unit : Unit Iklan, Unit Operasi & Penguatkuasaan, Unit Halangan & Penjaja, Unit Aduan)
  • Bahagian Pengurusan(terdapat 3 unit : Unit Stor, Unit Pentadbiran Am, Lain-lain Jabatan (Jab. Kewangan, Taman & Rekreasi, Perkhidmatan persekitaran, Undang-Undang & Pelesenan )
  • Bahagian Keselamatan (terdapat 2 unit : Unit Selia Pengawal Keselamatan, Unit Bangunan & Taman)
  • Bahagian Pendakwaan
    (terdapat  unit : Unit Dokumentasi, Unit Pegawai Penyiasat)

A.BAHAGIAN LALU LINTAS

  • Menguatkuasakan undang-undang bagi  kesalahan bagi kesalahan- kesalahan melibatkan lalulintas, parkir Majlis  serta kenderaan yang menghalang lalulintas.
  • Mengeluarkan tawaran kompaun kepada pesalah lalulintas mengukit kadar yang ditetapkan oleh pihak Majlis serta tindakan menunda kenderaan yang meghalang lalulintas di kawasan yang diwartakan zon tunda.
  • Memberi perkhidmatan nasihat dan kawalan keselamatan lalulintas melibatkan program-program rasmi kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Majlis dan mana-mana permohonan yang diluluskan.
  • Melaksanakan rondaan berjadual di kawasan-kawasan utama dan kawasan perumahan di sekitar kawasan Majlis.
  • Mengurus dan mengawal selia hal-ehwal  tindakan penguatkuasaan lalulintas berpandukan kepada Standard Operating Procedure (SOP).
  • Melaksanakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi penguatkuasaan seperti PDRM, SPAD, JPJ dan lain-lain.

A.(I) Unit Tunda

  • Mengambil tindakan menunda kenderaan yang menghalang lalulintas di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.
  • Mengeluarkan notis kesalahan ke atas kenderaan sekiranya pemilik kenderaan enggan keluar dari kenderaan ketika kenderaan hendak ditunda.
  • Membantu pihak Polis dalam membuat kawalan lalulintas dilaluan yang sering berlaku kesesakan.
  • Menyemak laporan tindakan yang dijalankan secara harian,mingguan, bulanan dan tahunan.

A.(II) Unit Trafik

  • Mengambil tindakan kompaun serta-merta terhadap kenderaan yang tidak membayar kupon tempat letak kereta .

  • Membuat rondaan dan pemantauan kes-kes ragut dan vandalisme di sekitar kawasan Majlis setiap hari terutama kawasan taman perumahan dan pusat-pusat perniagaan.(NKRA > Bandar Selamat)

  • Membantu pihak Polis dalam membuat kawalan lalulintas di

    laluan yang sering berlaku kesesakan.

  • Membuat kawalan lalulintas yang melibatkan majlis-majlis rasmi

    Majlis.

  • Menyediakan laporan tindakan yang dijalankan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

A.(III) Unit Letak Kereta

  • Membantu Unit Letak Kereta, dalam mengambil tindakan kompaun serta-merta terhadap kenderaan yang tidak membayar kupon tempat letak kereta (gores & peraga) kenderaan yang diletakkan di dalam petak letak kereta tanpa bayaran dan kenderaan yang  kenderaan yang diletakkan di luar petak letak kereta.
     

B. BAHAGIAN OPERASI :

  • Menjalankan pemeriksaan lesen di premis-premis di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang gagal mematuhi syarat pelesenan.
  • Menjalankan kawalan dan pemanatauan di bawah peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh pihak Majlis.
  • Memantau dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas semua jenis iklan di kawasan pentadbiran Majlis.
  • Mengurus dan mengawal tindakan tindakan penguatkuasaan berkaitan berpandukan kepada Standard Operating Procedure (SOP).
  • Melaksanakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi penguatkuasaan seperti PDRM, AADK, JAIS dan lain-lain.
  • Membuat rondaan dan pemantauan harta-benda di bangunan, dewan serta kawasan taman awam serta jalan-jalan yang diselenggara oleh pihak Majlis.
  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja (termasuk pasar malam/pagi)dan halangan premis, tred serta kerusi meja

 

B.(I) Unit Iklan

  • Menjalankan pemantauan iklan-iklan haram di sekitar kawasan pentadbiran Majlis.
  • Melaksanakan siasatan-siasatan tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima berhubungkait pemasangan iklan (banner, banting, sepanduk dll) tanpa mendapat permit dari pihak Majlis.
  • Melaksanakan operasi penurunan iklan-iklan haram (tanpa permit) serta-merta dan setiap hari.
  • Menyediakan laporan mingguan, bulanan dan tahunan tindakan penurunan iklan-iklan haram.

B.(II) Unit Operasi & Penguatkuasaan 

Terbahagi kepada 2 Kumpulan – Klang Utara & Klang Selatan
Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan  ke atas premis dibawah secara berkala:

  1. Rumah Urut.
  2. Pusat Siber & Kafe Siber.
  3. Pusat Hiburan.
  4. Barang Lusuh (Besi Buruk).
  5. Cuci Kereta.
  6. Kenderaan terpakai.
  7. Hotel Bajet.
  8. Pusat Kecantikan.
  9. Tempat letak kereta persendirian.
  10. Menjual minuman keras.
  11. Kitar semula.
  12. Pusat  Snuker.
  • Menjalankan siasatan dan tindakan ke atas aduan-aduan awam yang diterima oleh pihak Jabatan dari masa ke semasa yang berkaitan dengan halangan premis perniagaan dalam tempoh 48 jam.
  • Mensasarkan pemeriksaan premis yang menyebabkan  halangan di tempat awam (secara berjadual).

  • Menyediakan laporan-laporan tindakan penguatkuasaan lesen premis dan laporan operasi secara mingguan, bulanan dan tahunan.

  • Menjalankan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi kerajaan seperti Polis, Imigresen, JPN dan JAIS.

B.(III) Unit Halangan & Penjaja

Terbahagi kepada 2 Kumpulan – Klang Utara & Klang Selatan

  • Menjalankan  siasatan  dan  tindakan  ke atas  aduan-aduan  awam yang berkaitan dengan halangan di tempat awam.
  • Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan halangan.
  • Menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan ke atas aduan-aduan yang diterima berkaitan premis perniagaan dan penjaja.
  • Melaksanakan tugas-tugas dan tindakan ke atas penjaja pasar pagi, pasar malam dan penjaja beredar/ statik yang tidak mempunyai lesen.
  • Menjalankan operasi-operasi khas bagi mengurangkan jumlah penjaja tanpa lesen dan tindakan ke atas penjaja warga asing.
  • Menyediakan laporan-laporan tindakan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

B.(IV) Unit Aduan

  • Menerima aduan awam sama ada yang diterima melalui orang yang mengadu  datang terus ke Jabatan Penguatkuasa,menerusi telefon, akhbar dan Jabatan Komunikasi & Pengaduan Awam serta lain-lain Jabatan MPK.

  • Menjalankan siasatan dan tindakan  terhadap semua aduan yang diterima dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima.

  • Memaklumkan kepada pengadu setiap tindakan yang telah diambil oleh pihak Jabatan terhadap aduan awam yang diterima.
  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan  aduan awam yang diterima dan tindakan yang diambil.
     

C. BAHAGIAN PENGURUSAN

  • Mengurus surat menyurat berhubung hal-ehwal pentadbiran.

  • Mengendalikan sistem fail mengikut standard pengrekodan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
  • Menyediakan laporan penguatkuasaan (PMP) dan maklumbalas untuk Mesyuarat Jawatankuasa Majlis.

  • Menyediakan anggaran belanjawan dan  anggaran hasil tahunan Jabatan.
  • Mengurus mesyuarat dalaman dan luar serta mengambil minit mesyuarat.
  • Mengurus hal-ehwal berkaitan perkhidmatan, latihan, pemantauan,

    pemeriksaan melibatkan kakitangan Jabatan seperti Key Performance Index (KPI),Buku Perkhidmatan dan Kehadiran Latihan atau Kursus.

C.(I) Unit Stor

  • Sitaan, tuntutan dan pelupusan yang telah dijalankan

    Menyediakan laporan bulanan dan tahunan jumlah barang

  • Menjalankan kerja-kerja pelupusan  dan lelongan barang-

    barang sitaan.

  • Menyediakan laporan senarai barang sitaan yang telah tamat

    tempoh tuntutan untuk tujuan pelupusan atau lelongan.

  • Menguruskan proses penyerahan barang sitaan kepada orang yang menuntut selepas membuat bayaran kompaun.

  • Menerima barang-barang sitaan dari pasukan operasi dengan

    menyemak, mengira dan merekod jumlah barang sitaan serta urusan menyimpan di dalam stor JabatanPenguatkuasaan.

C.(II) Unit Pentadbiran 

  • Menyediakan jadual tugas harian dan tugas kerja lebih masa untuk Penolong Pegawai Penguatkuasa, Pembantu Penguatkuasa dan Pemandu.

  • Menyusun kekuatan anggota dan memastikan urusan kursus,

    seminar, latihan, peperiksaan atau cuti tanpa rekod tidak menjejaskan operasi penguatkuasaan Jabatan Penguatkuasaan.

  • Menyediakan kertas kerja Anggaran Belanja Mengurus

    (ABM) tahunan dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk Jabatan Penguatkuasaan.

  • Mengawal Sistem Kehadiran Berkomputer dan menyediakan

    dan kerja lebih masa setiap bulan.laporan terperinci berkenaan Kad Perakam Waktu tugas harian

C.(III) Lain-lain Jabatan

  • Menentukan anggota Pembantu Penguatkuasa yang ditumpangkan di lain-lain Jabatan mematuhi  arahan semasa Jabatan Penguatkuasa dan juga Jabatan di mana anggota ditempatkan. Berikut adalah lokasi penempatan anggota yang ditumpangkan untuk membantu penugasan penguatkuasaan di lain-lain Jabatan iaitu :
  1. Jabatan Perkhidmatan Persekitaran

  2. Jabatan Pelesenan

  3. Jabatan Kewangan

  4. Jabatan Taman

  5. Jabatan Undang-Undang     
  • Pihak Jabatan boleh mengarahkan anggota Pembantu Penguatkuasa yang bertugas di lain-lain Jabatan turut serta di dalam apa-apa aktiviti/tugasan sekiranya diperlukan.
     

D. BAHAGIAN KESELAMATAN

  • Menyediakan detail tugas harian dan tugas kerja lebih masa untuk anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).

  • Mengurus urusan cuti tahun, cuti kecemasan dan cuti sakit anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
  • Menyusun kekuatan anggota dan memastikan urusan kursus, latihan,peperiksaan atau cuti tanpa rekod tidak menjejaskan tugas kawalan

  • Menentukan setiap aduan yang dibuat oleh anggota Pengawal Keselamatan (Jaga) berkaitan kerosakan dan kecacatan di dewan diambil tindakan.

  • Membuat rondaan dan lawatan mengejut ke atas tempat-tempat kawalan bagi memastikan anggota Pengawal Keselamatan (Jaga) berada di tempat bertugas.

  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kekerapan membuat rondaan ke atas anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).

D.(I) Unit Selia Pengawal Keselamatan

  • Menyediakan detail tugas harian  dan tugas  kerja lebih masa untuk  anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
  • Mengurus urusan cuti tahun, cuti kecemasan  dan cuti sakit anggota Pengawal Keselamatan (Jaga).
  • Menentukan setiap aduan yang dibuat oleh anggota Pengawal Keselamatan (Jaga) berkaitan kerosakan dan kecacatan di dewan Diambil tindakan.
  • Membuat rondaan dan lawatan mengejut ke  atas tempat-empat kawalan bagi memastikan anggota Pengawal Keselamatan  (Jaga) berada di tempat bertugas.
  • Jumlah Lokasi Kawalan : 38 Lokasi Penempatan Pengawal Keselamatan (Jaga)
     

E. Unit Bangunan & Taman

  • Menentukan anggota kawalan keselamatan menjalankan tugas rondaan dan pemantauan di bangunan dan kawasan taman milik Majlis.

  • Memastikan tiada sebarang aktiviti vandalisme, kerosakan dan kecurian harta Majlis di kawasan bangunan dan taman.
  • Menjalankan rondaan berbasikal di kawasan-kawasan taman awam

  • Menyediakan laporan kerosakan harta-benda Majlis kepada bahagian Pentadbiran untuk disalurkan ke Jabatan berkaitan                       

  • Lokasi yang dikawalselia :
  1. Kawalan Kaunter Bangunan Alam Shah
  2. Kawalan Bangunan Jalan Tengku Kelana
  3. Taman Pengkalan Batu & Kampar
  4. Taman Bandar DiRaja
  5. Taman Rakyat
  6. Dataran Kompleks Sukan Pandamaran
     

F. BAHAGIAN KOMUNIKASI / LOGISTIK

  • Bertanggungjawab untuk mendapatkan dan mengumpul maklumbalas semua aduan yang telah dikeluarkan untuk siasatan atau tindakan untuk dilaporkan kepada pihak yang berkenaan.
  • Bertanggungjawab merekod dan menyalurkan aduan kepada unit-unit yang berkenaan.

  • Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan barang sitaan berpandukan MS ISO 9001 : 2015

  • Memantau 76 CCTV (16 KPKT , 60 SUK) yang dipasang di kawasan pentadbiran Majlis dan melaporkan hasil pemantauan berkaitan lalulintas, penjaja, kemalangan, vandalisma dan lain-lain yang  berkaitan.

  • Memastikan aset Jabatan diselenggara dengan baik termasuk kenderaan, peralatan operasi, senjata api dan lain-lain aset

    berkaitan.

  • Mengurus hal-ehwal berkaitan perkhidmatan, latihan, pemantauan,

    pemeriksaan melibatkan kakitangan Jabatan seperti Key Performance Index (KPI),Buku Perkhidmatan dan Kehadiran Latihan atau Kursus.

F.(I) Unit Semboyan

  • Menentukan semua peralatan Jabatan cukup, dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  • Menentukan pegawai dan pembantu penguatkuasa yang mengambil dan menyerahkan mesin 'hand-held' dicatatkan.
    Kompaun. diterima dari anggota dicatatkan ke dalam Buku Penerimaandi Buku Pengeluaran Hand-held. Menentukan setiap salinan kompaun (salinan kedua) yang 
  • Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan kompaun yang telah dikeluarkan.
  • Menentukan pegawai dan pembantu penguatkuasa yang mengambil dan menyerahkan set walkie-talkie dicatatkan di Buku Pengeluaran set walkie-talkie.
  • segera.Menerima dan memberi arahan kepada unit- unit untuk tindakan

  • Menjadi bilik gerakan bencana Majlis Perbandaran Klang untuk

    menerima maklumat aduan berkenaan bencana daripada orang  awam.

 F.(II) Unit Logistik

  • Menentukan kenderaan Jabatan berada dalam keadaan baik dan boleh digerakkan apabila diperlukan.
  • Menentukan kenderaan dihantar ke Bahagian Bengkel untuk dibuat pelarasan mengikut jadual yang dikeluarkan.
  • Menentukan anggota pemandu mencukupi dan bersiap-sedia untuk sesuatu tugasan.
  • Menentukan kenderaan gantian diperolehi sekiranya kenderaan Jabatan mengalami kerosakan ataupun dibuat pembaikan/

    pelarasan.

F.(III) Unit Senjata Api

  • Menentukan anggota Pembantu Penguatkuasa untuk membuat kawalan di Kaunter Kutipan Hasil Majlis di seluruh  cawangan.
  • Menentukan setiap anggota kawalan  mengambil senjata api pada awal pagi dan mengembalikannya semula setelah selesai

    tugas.

  • Mengiringi pegawai dalam urusan penghantaran wang kutipan hasil ke bank.

F.(IV) Unit Pantas

  • Penugasan berkaitan aduan kecemasan  dan bencana sahaja :

    1. Banjir - banjir kilat, banjir

    2. Tanah runtuh- tanah runtuh, mendapan tanah

    3. Runtuhan - bangunan / kawasan pemajuan

    4. Ribut-pokok tumbang, bumbung  terbang

    5. Kemalangan - tiang/pokok tumbang, kerosakan harta awam, kenderaan,  tumpahan minyak/debu / pasir

    6. Kebakaran - perumahan, industri, pertanian dan kebakaran terbuka

    5.0 Carta Organisasi
     

    6.0  Direktori Kakitangan

     

     

     

     

     

     

     

    Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am