MENU

Emel Jabatanunitbayaranmpk@gmail.com

Ketua Jabatan : Encik Mohd Fairus bin Ali
Emel Ketua Jabatan fairus.ali@mpklang.gov.my

1.0 Pengenalan

Jabatan Kewangan merupakan antara jabatan yang terawal ditubuhkan di Majlis Perbandaran Klang. Jabatan Kewangan terdiri daripada 2 bahagian iaitu:

a.   Bahagian Perbendaharaan

b.   Bahagian Pengurusan Hasil

Secara keseluruhannya, Jabatan Kewangan bertanggungjawab bagi segara urusan Pentadbiran perakaunan dan hal kewangan Majlis. Ianya meliputi mengutip segala hasil Majlis, menyediakan belanjawan tahunan,  menyelaraskan hal-hal pembayaran gaji, mengawal perbelanjaan, membuat urusan pembayaran, menyelenggara  rekod-rekod perakaunan serta menyediakan penyata kewangan pada setiap tahun. Menentukan bahawa harta benda Majlis telah diurus dan dikawal dengan sempurna dan mengadakan perlindungan dengan cara mengambil polisi insurans yang bersesuaian.

Objektif  Jabatan Kewangan adalah menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada semua warga kerja, jabatan-jabatan dalam MPK, pembayar cukai dan semua pelanggan dengan cekap dan berkesan dengan keperluan akta yang diterima pakai dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Dibawah dinyatakan fungsi jabatan mengikut bahagian :-

 

1.1   Bahagian Perbendaharaan

1.1.1    Unit Pentadbiran

1.1.1.1  Menguruskan hal-hal  Pentadbiran  Am  Jabatan   Kewangan   termasuk hal - ehwal 
              kakitangan dan bekalan peralatan pejabat.

1.1.1.2  Bertanggungjawab ke atas kawalan dokumen masuk dan keluar  serta keselamatan
              pejabat.

 

1.1.2    Unit Pembayaran

1.1.2.1  Memastikan semua perolehan seperti Inden, LO, Kontrak dan Bayaran AM mematuhi prosedur kewangan Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (1PP).

1.1.2.2  Membuat pembayaran dokumen lengkap di dalam tempoh yang ditetapkan.

1.1.2.3  Menyimpan rekod-rekod seperti dokumen-dokumen pembayaran, penyata-penyata sokongan, minit-minit kelulusan perolehan, rekod-rekod tanggungan, daftar kawalan kerja-kerja kontrak, daftar pesanan tempatan dan daftar bil dokumen tuntutan. 

 

1.1.3    Unit Bajet

1.1.3.1 Menyediakan,   mengawal   dan   menguruskan Bajet Tahunan Majlis setiap tahun untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

1.1.3.2 Menyediakan Laporan Prestasi perbelanjaan sebenar dan hasil berbanding dengan anggaran setiap bulan.

1.1.3.3 Memastikan setiap perbelanjaan dibuat berdasarkan peruntukan yang diluluskan.

1.1.3.4 Menyelaraskan pindahan peruntukan.

 

1.1.4    Unit Akaun

1.1.4.1 Mengemaskini segala rekod-rekod perakaunan dan menyediakan laporan Kedudukan Kewangan Bulanan, Sukuan dan Penyata Kewangan Tahunan.

1.1.4.2 Menguruskan Pelaburan Simpanan Tetap dari lebihan tunai mengikut Polisi Pelaburan Wang Tunai Awam Kerajaan  Negeri Selangor.

1.1.4.3 Berurusan dengan pihak Audit berkaitan Penyata Kewangan Tahunan dan Laporan Audit.

1.1.4.4  Mengendalikan urusan tuntutan panjar wang runcit jabatan.

1.1.4.5  Mengendalikan urusan tuntutan pendahuluan kakitangan.

1.1.4.6  Mengendalikan urusan tuntutan insurans majlis.

1.1.4.7  Mengadakan   Mesyuarat   Jawatankuasa  Kewangan  dan  Akaun  (JPKA), Mesyuarat Jawatankuasa     Pentadbir    Akaun   dan   penyediaan   kertas-kertas Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Taksiran (JKT).

1.1.5   Unit Gaji

1.1.5.1  Memastikan gaji akan dibayar pada waktu yang ditetapkan berdasarkan Pekeliling   yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

1.1.5.2  Mengendalikan hal-hal menyediaan dan pembayaran gaji Kakitangan Majlis termasuk pendapatan, potongan, cukai pendapatan, pinjaman-pinjaman dan sebagainya serta menyimpan rekod-rekod tersebut untuk rujukan di masa akan datang.

1.1.5.3  Menguruskan bayaran ganjaran cuti rehat dan hadiah bagi pesara.

1.1.5.4  Menguruskan pembayaran tuntutan elaun-elaun kakitangan Majlis. 

 

1.2  Bahagian Pengurusan Hasil

1.2.1    Unit Cukai Taksir

1.2.1.1 Menguruskan kutipan semasa Cukai Taksiran agar mencapai sasaran.

1.2.1.2 Menguruskan tindakan ke atas tunggakan cukai.

1.2.1.3 Menyediakan Laporan Prestasi Kutipan Cukai Taksiran Majlis setiap bulan untuk makluman Majlis.

1.2.1.4 Menyediakan Penyata Akaun Individu hasil Cukai Taksiran.

1.2.1.5 Menguruskan pengeluaran bil-bil dan notis-notis tunggakan Cukai Taksiran 2 kali setahun (Februari & Ogos).

1.2.1.6 Menjalankan Operasi penyitaan bersama-sama Jabatan Penguatkuasa dan Belif daripada ULP majlis.

1.2.1.7 Mengadakan Mesyuarat Tunggakan Cukai secara berkala bersama Jabatan-jabatan yang terlibat.

 

1.2.2    Unit Sewaan

1.2.2.1 Menguruskan pengeluaran bil-bil Sewa Harta Majlis dan kenaan Denda  Lewat setiap bulan.

1.2.2.2 Mengambil tindakan mengutip segala tunggakan hasil sewa dan pelbagai perkhidmatan.

1.2.2.3 Menyediakan Daftar penyewaan harta, Penyata Akaun Individu hasil Sewaan Harta Majlis.

1.2.2.4 Menyediakan Laporan Prestasi Kutipan Hasil  Majlis setiap bulan untuk makluman Majlis.

1.2.2.5 Mengadakan Mesyuarat Tunggakan Sewa secara berkala bersama jabatan-jabatan yang terlibat.

1.2.2.6 Tindakan penguatkuasaan dan siasatan lawatan ke tapak (Ops Jumpa Penyewa) diambil untuk mengurangkan tunggakan.

 

1.2.3    Unit Kutipan dan Hasil

1.2.3.1 Menyediakan kaunter-kaunter perkhidmatan kutipan hasil seperti kaunter-kaunter kutipan di Premis Majlis dan van bergerak, kutipan-kutipan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh bank-bank tempatan, kad kredit dan kad debit, Portal Majlis Perbandaran Klang, pembayaran melalui online dan juga kutipan melalui agensi-agensi seperti Pos Malaysia, Pejabat Tanah Daerah  dan   Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Selangor.

1.2.3.2 Menambahbaik pengurusan kaunter dengan mewujudkan i-Kiosk  di hadapan lobi MPK dan menempatkan mesin CDM dan ATM bagi memudahkan pelanggan menjelaskan bayaran selepas  waktu pejabat.

1.2.3.3 Menggunapakai Sistem Pengurusan Hasil bagi melaksanakan pengurusan kaunter secara bersepadu di Ibu Pejabat Majlis.

1.2.3.4 Menyelaraskan kutipan harian melalui Penyata Pemungut dan membuat pindahan kutipan.

2.0 PENCAPAIAN

Jabatan kewangan telah mendapat Sijil  Bersih secara berturut-turut selama 21 tahun bagi penyediaan Penyata Kewangan Majlis dari tahun 1998 sehingga 2018.

KEDUDUKAN PENYATA DAN PENGURUSAN KEWANGAN

  1. Penyata  kewangan MPK  telah disediakan dengan benar dan saksama berpandukan standard perakaunan yang telah ditetapkan. Setiap tahun penyata kewangan ini akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
     
  2. Jabatan kewangan juga telah bergerak menuju kearah penambahbaikan prosedur kerja yang telah diselaraskan mengikut sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 : 2015. Prosedur-prosedur yang terlibat adalah seperti:

i.    Prosedur Penyediaan Bajet – MPK. PK (A) 08

Prosedur ini digunapakai bagi menyediakan Bajet tahunan Majlis disediakan mengikut cara yang cekap dan berkesan. 

ii.    Prosedur Pembayaran

Prosedur ini untuk memastikan pembayaran di buat dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peraturan yang digunapakai oleh Majlis. 

iii.    Prosedur Terimaan Pembayaran ( Kaunter )

Prosedur ini digunapakai oleh Jabatan Kewangan bagi urusan penerimaan bayaran. Prosedur ini juga menggariskan tatacara penerimaan bayaran di kaunter MPK agar dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur.  

3.0 Program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kewangan untuk meningkatkan hasil cukai.

3.1 Pengeluaran bil-bil cukai taksiran lebih awal kepada pembayar cukai. Penggal 1 pada bulan November, penggal 2 pada bulan Mei bagi setiap tahun.

3.2 Penguatkuasaan syarat pembayaran baki tunggakan sebelum pindah milik dan proses tukar nama bil cukai taksiran dilaksanakan.

3.3 Mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas penunggak cukai taksiran dengan melaksanakan tindakan sitaan melalui Borang F (Waran Tahanan), perlaksanaan rampasan sita selepas sitaan dan perlaksanaan lelongan bagi harta sita yang dirampas.

3.4 Menyediakan dokumen bagi mengambil tindakan perundangan di bawah seksyen 151 seksyen 156 Akta Kerajaan Tempatan ke atas  penunggak tegar cukai taksiran.

3.5 Kaunter perkhidmatan dan pembayaran cukai taksiran diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di kawasan pegangan strata dan taman-taman perumahan terpilih.

3.6 Menggiatkan usaha-usaha dengan mengadakan kempen turun padang kutipan cukai taksiran di Pasaraya terpilih sekitar Klang (Februari dan Ogos) serta kempen cukai taksiran di bangunan berstrata sepanjang tahun.

3.7 Mengadakan operasi “Pintu ke Pintu” atau “Door-to-Door” bagi mengutip tunggakan cukai taskiran dengan menumpukan kepada bangunan perniagaan.

3.8 Pemberian insentif 5% mulai tahun 2019 kepada pasukan “task force” yang terdiri daripada kakitangan Majlis yang berjaya mengutip tunggakan mengikut kawasan yang disenaraikan.

3.9 Menyediakan kemudahan pembayaran cukai taksiran secara ansuran berjadual atau Cek Tertunda (Post-dated cheque).

3.10 Mengadakan mesyuarat pemantauan cukai taksiran (Task Force) diadakan dua (2) bulan sekali melibatkan 3 jabatan iaitu Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian dan Unit Litigasi dan Pendakwaan bagi membincangkan beberapa perkara dan kaedah-kaedah bagi mengenalpasti tindakan yang perlu diambil bagi kes-kes tunggakan cukai taksiran yang dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha.

3.11 Usaha-usaha promosi dan publisiti melalui sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan mengenai pembayaran cukai taksiran melalui media cetak dan media elektronik.

3.12 Menggalakkan bayaran secara online melalui bank (JomPAY, Maybank2u, CIMBclicks, dll) dan di kaunter-kaunter bank.

3.13 Menyediakan dokumen bagi tindakan kaveat persendirian ke atas penunggak cukai taksiran jenis tanah kosong.

3.14 Menyediakan kemudahan mesin i-kiosk di Ibu Pejabat Majlis yang beroperasi 24 jam.

3.15 Menaiktaraf Sistem Pengurusan Kewangan yang sedia ada kepada yang lebih teratur, cekap dan moden.

 

4.0  Lokasi kaunter-kaunter bayaran / perkhidmatan MPK

 

5.0 Gambar berkaitan aktiviti jabatan.

5.4 Pembayaran bil cukai taksiran boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

5.4.1 Bayaran melalui cek dan kiriman wang pos hendaklah dipalang (tidak boleh niaga) dan ditulis atas nama Majlis Perbandaran Klang.  Nama pengirim, no. akaun harta dan no. telefon hendaklah ditulis di belakang cek. Alamatkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Jalan Perbandaran, 41675 Klang.

5.4.2 Bil boleh dibayar di kaunter bayaran serta kaunter pandu bayar di Ibu Pejabat MPK dan kaunter-kaunter cawangan iaitu Pejabat Kecil Kapar, Pasar Besar Jalan Meru dan Pusat Perhentian Bas Pelabuhan Klang.

5.4.3    Bil ini boleh dibayar di Agensi Bil Setempat iaitu di semua cawangan Pejabat Pos Malaysia. (bagi bil semasa dan bayaran secara tunai sahaja)

5.4.4    Bayaran juga boleh dibuat melalui perkhidmatan bank dan kad kredit seperti di bawah:

5.4.4.1  www.citibank.com.my
5.4.4.2   www.rhbgroup.com
5.4.4.3   www.bankislam.biz
5.4.4.4   www.ambank.com.my
5.4.4.5   www.pbebank.com
5.4.4.6   www.maybank2u.com.my
5.4.4.7   www. hsbc.com.my
5.4.4.8   www.cimbclicks.com.my
5.4.4.9   www.irakyat.com.my
5.4.4.10 www.affinbank.com.my
5.4.4.11 www.i-muamalat.com.my
5.4.4.12 www.uob.com.my
5.4.4.13 www.hongleongconnect.my
5.4.4.14 Bank Islam – Kaunter
5.4.4.15 Bank Simpanan Nasional (GIRO)
5.4.4.16 Bank Rakyat
5.4.4.17 Bank Mualamat
5.4.4.18 Pos Malaysia – Kaunter
5.4.4.19 Autopay – Amex (Maybank, Citibank, CIMB)
5.4.4.20 MOTO – Visa / MasterCard (03-33714662)
5.4.4.21 Jompay (Billercode: 5264)

5.4.5 Pembayaran di Mesin I Kiosk yang tertelak di Lobi Ibu Pejabat, MPK.

5.4.6 Pembayaran melalui FPX iaitu IPAY.Mpklang.gov.my
 

6.0 Carta Organisasi 

7.0 Direktori Kakitangan 

 

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am