MENU

Emel Jabatan : kejuruteraan@mpklang.gov.my

Ketua Jabatan:  Encik Zamri Bin Othman
Emel Ketua Jabatan: zamri.othman@mpklang.gov.my

1.0 Objektif

  • Membuat penambahbaikan dan memantapkan keberkesanan fungsi jabatan supaya lebih cekap.
  • Memberi peluang kepada kakitangan yang telah lama berkhidmat untuk berubah skop kerja dan pendedahan kepada skop kerja yang berbeza.
  • Memperkukuhkan hubungan di antara kakitangan terutama dalam mendapatkan kerjasama.
  • Membentuk kakitangan yang berdaya saing dan menyumbang kepada kemajuan jabatan.
  • Melahirkan kakitangan yang bersifat pemimpin dan berketrampilan dan berilmu.

2.0  Bahagian di Jabatan Kejuruteraan

  • Bahagian Kawalan Pembangunan Infrastruktur
  • Bahagian Jalandan Jambatan
  • Bahagian Saliran dan Kawalan Banjir
  • Bahagian Lalu Lintas dan Pengangkutan Awam
  • Bahagian Mekanikal dan Elektrikal
  • Bahagian Bangunan dan Kemudahan Riadah
  • Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Am

A. Bahagian Kawalan Pembangunan INFRASTRUKTUR (pejabat cawangan jalan raya barat)

1.Memproses permohonan pelan infrastruktur & Pembangunan bagi :
   - Pelan Kerja Tanah
   - P
elan Jalan dan Parit
   - Pelan Lampu Jalan
2. Memproses Sokongan Pengeluaran Sijil  ‘CCC' atau ‘CF' untuk sesuatu pembangunan.

3. Memproses sokongan permohonanKebenaran Merancang daripada aspek keperluan kemudahan infrastruktur.
4. Mengawal, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kerjapembangunan swasta yang berkaitan (kerja tanah/binaan).
5. Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS/ Projek.

B. Bahagian Jalan Dan Jambatan

  • Menyelenggara dan membaikpulih kerosakan jalan-jalan meliputi cerun/tebing di tepi jalan dan jambatan sediada milik Majlis, secara jabatan/dalaman (Road Gang) atau secara kontrak.
  • Menaiktaraf jalan sedia ada danmembina jalan barudi kawasan Majlis.
  • Menurap semula jalan-jalan sediada di bawah kawalan Majlis.
  • Memproses permohonan dan memantau kerja dari agensi luaran terhadap kerja-kerja pengorekan dan pemasangan paip, kabel dan lain-lain utiliti di atas jalan.
  • Mengawal, memantau dan mengambil penguatkuasaan tindakan ke atas pihak atau agensi / jabatan utiliti yang menjalankan kerja di jalan tanpa kelulusan Majlis . 
  • Memantau dan mengambil  tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan atau lorong belakang.
  • Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek

         c. Bahagian Saliran Dan Kawalan Banjir

  • Menyelenggara dan membaikpulih kerosakan parit-parit konkrit, kolam takungan/ pam banjir dan komponen termasuk jeti-jeti sediada milik majlis.
  • Merancang, merekabentuk dan melaksana kerja-kerja berkaitan dengan sistem kawalan banjir, meliputi perparitan,  kolam takungan banjir dan sistem pam kawalan banjir di kawasan Majlis bagi mengurangkan atau mengatasi masalah banjir.
  • Memantau dan mengambil  tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab parit/longkang.
  • Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS/Projek.

D. Bahagian Lalu Lintas Dan Pengangkutan Awam

1. Papan tanda dan garisan jalan.

  • Menyelenggara dan memasang semua keperluan papan tanda seperti papan tanda nama jalan, tunjuk arah, nama taman tempat, dan tanda-tanda lalulintas, dan am.
  • Menyelenggara dan mengecat garisan-garisan jalan tanda-tanda lalulintas, keredaan lalulintas  dan tempat letak kenderaan secara jabatan  atau kontrak.
  • Mengkaji dan melaksana keperluan keredaan lalulintas kelancaran lalulintas,keselamatan dan papan tanda maklumat.
  • Memproses permohonan-permohonan  keredaan trafik (bonggol dan lain-lain).

2. Pengangkutan Awam

  • Mengkaji dan menyelaras keperluan kemudahan pengangkutan awam bersama agensi dan pihak pengendali pengangkutan awam seperti bas dan teksi/kereta sewa.   
  • Memastikan kelancaran sistem pengangkutan awam dengan memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dan menyediakan  tempat-tempat perhentian  yang strategi dan tersusun untuk kemudahan awam.

3. Kemudahan Awam

  • Menyediakan dan menyelenggara keperluan kemudahan yang berkaitan pengangkutan awam seperti pondok bas, hentian bas, laluan pejalan kaki, pagar keselamatandan sebagainya yang bercirikan bandar selamat dan mesra OKU.
  • Mengkaji keperluan tempat letak kenderaan ringan dan berat.
  • Memantau dan mengambil  tindakan terhadap aktiviti-aktiviti pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas rezab jalan atau lorong belakang.

4. Mengemaskini maklumat teknikal seperti mapping,  inventori, Sistem GIS, Map Info dan MARRIS online.

5. Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek.

E. Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal

1. Bengkel dan pengangkutan.

  • Menyelenggara dan membuat pemeriksaan semua jenis kenderaan Majlis meliputi kenderaan bermotor penumpang, jentera pembinaan, motosikal, kenderaan laut (bot)dan peralatan/ jentera secara berjadual.
  • Menyelenggara dan memastikan semua kenderaan / jentera / peralatan diselenggara / dibaiki dengan memuaskan, berfungsi dengan baik dan selamat digunakan
  • Mengurus dan  menyediakan kenderaan dengan pemandu bagi keperluan majlis atau jabatan-jabatan.
  • Perolehan kenderaan/jentera berat.
  • Pelupusan kenderaan/jentera sediada.

2. Pencahayaan dan kerja-kerja elektrikal

  • Menyelenggara, memeriksa dan membaiki kerosakan semua lampu jalan, lampu gelanggang, lampu hiasan dan lampu isyarat milik Majlis.
  • Memastikan tahap pencahayaan di kawasan awam dengan menepati standard dan keperluan terkini.
  • Menyediakan lampu-lampu hiasan yang dapat memberi tahap keceriaan yang menepati keperluan terkini.
  • Menyemak dan mengkaji kesesuai terhadap permohonan keperluan pencahayaan lampu jalan, lampu hiasan, lampu isyarat, lampu gelanggang dan lampu di kawasan lapang/taman.

3. Sistem hawa dingin dan lif

  • Menyelenggara dan membaiki sistem penghawa dingin dan lif di pejabat, Dewan/ Kompleks Sukan dan Kompleks Perniagaan.

4. Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek.

 

F. Bahagian Bangunan Dan Kemudahan Riadah

1. Bangunan Pejabat/ Kuarters/ Bangunan Awam dan Kemudahan Riadah.

  • Menyelenggara, membaiki, menaiktaraf bangunan-bangunan milik Majlis seperti bangunan pejabat, pejabat cawangan, stor, kuarters/ rumah kediaman MPK, dewan, balairaya, gerai, kompleks pasar, kompleks perniagaan, kompleks sukan dan tandas awam.
  • Menyelenggara/membaiki kemudahan awam dan riadah seperti gelanggang, trek jogging, padang permainan (bola), padang am, pondok gazebo dan komponen berkaitan.

2. Menyedia dan memantau kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS / Projek.
 

G. Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Am

  • Merekodkan hal ehwal perjawatan meliputi  jadual kedatangan, kursus , cuti kakitangan dan lain-lain
  • Mengedar dan memaklumkan segala arahan rasmi majlis dan pekeliling kepada kakitangan.
  • Mengurus dan merekodkan pendaftaran segala persuratan serta perjalanan fail jabatan.
  • Menguruskan penyediaan dokumen yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak .
  • Mengurus dan merekod bayaran-bayaran kerja kontrak.
  • Mengurus dan merekodkan segala maklumat dan dokumen jabatan.
  • Menerima dan merekod permohonan pelan-pelan pemajuan kerja infrastruktur (Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Dan Parit, Pelan Lampu Jalan).
  • Merekod dan memberi maklumbalas terhadap perkara / aduan berkaitan Jabatan.
     

3.0   Carta Organisasi

 

4.0  Direktori Kakitangan
 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 November 2021 - 10:22am