MENU

Emel Jabatanaudit@mpklang.gov.my

Ketua Bahagian: Puan Normah binti Zainul Abideen @ Zainol 
Emel Ketua Bahagian: normah.abideen@mpklang.gov.my

1.0 Pengenalan

Bahagian Audit Dalam Majlis Perbandaran Klang telah ditubuhkan pada tahun 2001 selaras dengan peraturan-peraturan di dalam Akta Audit 1957 dibawah Undang-undang  Malaysia  serta mematuhi   Pekeliling   Perbendaharaan      Bil. 9 Tahun 2004. Bahagian ini bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang.

 

2.0 Objektif

Objektif utama Bahagian Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan mencapai visi, misi dan strategi Majlis Perbandaran Klang. Ianya dicapai melalui pelaksanaan tugas yang bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan dijalankan dengan teratur di semua peringkat di setiap jabatan di Majlis Perbandaran Klang.

 

3.0 Fungsi Dan Aktiviti 

​3.1 Fungsi

  • Menetapkan senarai tugasan kakitangan bagi menjalankan peranan Audit Dalam seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004;
  • Menyediakan rancangan kerja tahunan yang menyeluruh meliputi pelbagai aktiviti utama Majlis ke arah mencapai visi, misi dan strategi Majlis;
  • Memastikan penggunaan yang berkesan terhadap sumber kakitangan yang ada selaras dengan jumlah pengauditan yang diluluskan; dan
  • Memastikan prosedur-prosedur yang digunapakai oleh jabatan dipatuhi di dalam proses kerja harian.

 

3.2 Aktiviti

a) Audit Kewangan

  • Kawalan Bajet
  • Kawalan Terimaan
  • Kawalan Perbelanjaan
  • Pengurusan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah
  • Pengurusan Aset Dan Stor Jabatan

b) Audit Pengurusan

c) Audit Prestasi

d) Audit ICT

e) Pemantauan Audit

f) Pemeriksaan Mengejut

 

4.0 Piagam Pelanggan

Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan piawaian yang ditetapkan dan menyediakan laporan atau pemerhatian audit yang tepat, jelas dan mudah difahami serta memberi pendapat dan syor-syor yang membina.
 

6.0  Direktori Kakitangan
 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am