MENU

 

 

 

 

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) / Ketua Pegawai Digital (CDO)

Peranan dan tanggungjawab CIO/CDO adalah seperti berikut:

1. Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;

2. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;

3. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital dikementeriam/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;

4. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
 

5. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:

6. Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui sekretariat kluster kerajaan.

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Februari 2024 - 10:53am