MENU

 

SUDUT KREATIF KOMUNITI STRATA

Majlis Perbandaran Klang akan mengadakan Pertandingan Sudut/Ruang Perpustakaan Mini di semua bangunan strata yang berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Ianya adalah bertemakan kitar semula dengan membuat pengumpulan semula buku-buku terpakai yang berada dalam keadaan baik daripada sumbangan pihak persendirian, agensi-agensi atau pihak swasta.

Pertandingan ini adalah merupakan salah satu usaha Majlis bagi menyokong SDG 12 bagi membudayakan amalan kitar semula dengan pengurangan penggunaan kertas bagi tujuan pencetakan buku dan mengelakkan buku-buku dalam keadaan baik dibuang. Selain itu, pertandingan ini juga menyokong SDG 4 dengan mewujudkan akses yang mudah kepada sumber ilmu kepada semua peringkat umur.

Penyertaan dibuka pada bermula 15hb Mei, 2023. Urusetia Pertandingan kali Ini adalah Jabatan Perancang Bandar & Desa serta Jabatan Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang.

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am