MENU

alt="MPK keluar 945 kompaun dalam operasi penguatkuasaan kebersihan babit 1,447 premis"

KLANG, 30 MAC: Sebanyak 945 kompaun dikeluarkan hasil pemeriksaan di 1,447 premis dalam operasi penguatkuasaan kebersihan pasukan khas J-Force Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Mac lalu hingga semalam.

Yang Dipertua MPK berkata pasukan itu turut menutup tujuh premis, melakukan tindakan penyitaan (23), mengeluarkan notis amaran (35) dan memberi amaran lisan (305) sepanjang operasi itu.

“Tindakan itu dilakukan bagi memastikan kebersihan bandar Klang berada pada tahap terbaik.

“Semua kompaun yang dikeluarkan adalah tanpa rayuan dan tiada pengurangan kadar kompaun diberikan,” kata Noraini Roslan dalam perutusan sempena Mesyuarat Penuh MPK hari ini.

Pasukan khas J-Force MPK itu ditugas menjalankan operasi penguatkuasaan sepanjang Mac ini dengan memberi tumpuan kepada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan tidak menjaga kebersihan menyebabkan kekotoran dan pembuangan sisa pepejal tidak terkawal.

Dalam pada itu Noraini mengingatkan warga Klang menghadkan pembuangan sampah ketika Ramadan berikutan penganjuran bazar Ramadan dan menjelang Aidilfitri dengan pembuangan sampah perabot serta domestik.

“MPK juga telah merancang pelbagai kempen dan program kesedaran sempena Ramadan bagi mengelakkan orang ramai membazir makanan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk menyediakan tong sampah bagi kemudahan warga Klang sempena perayaan ini,” katanya.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini 

 

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am