Operasi Bersepadu Denggi Selangor 2023 - Daerah Klang
3/3/2023 - Selain daripada operasi yang dijalankan, sesi taklimat ringkas berkaitan pencegahan & pengawalan demam denggi juga dilakukan kepada masyarakat setempat telah diadakan di Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang sebelum solat Jumaat tengah hari tadi.
Edaran risalah dan ubat jentik-jentik kepada penduduk juga dibuat.
Usaha ini diharap dapat mempertingkatkan lagi tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat berkaitan pencegahan dan pengawalan demam denggi.
Mari sama-sama kita Gempur Aedes!