MENU

 


Sebahagian peserta mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan kesihatan ketika menyertai program Sihat Fest 2022 di Taman Rakyat, Klang pada 29 Mei 2022. Foto MPK

SHAH ALAM, 30 MEI: Warga Klang mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program Sihat Fest 2022 di Taman Rakyat, Klang dekat sini semalam.

Program anjuran Pusat Perubatan Pakar Sri Kota dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu dirasmikan Yang Dipertuanya Noraini Roslan.

“Program ini diadakan sebagai salah satu kaedah bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan penduduk Klang khususnya.

“Lebih 150 pengunjung di Taman Rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di samping sekitar 300 lagi turut melakukan aktiviti senaman cergas serta ‘fun walk’,” kata MPK menerusi Facebook.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama beberapa agensi terlibat untuk pameran iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Seri Andalas, polis serta tajaan dari Marigold dan TR Zumba bagi aktiviti zumba.

“Terima kasih kepada semua penaja dan agensi. MPK sentiasa mengutamakan kesejahteraan komuniti Klang,” katanya.

Sumber : SelangorKini
Sila klik pautan di sini

 

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am