MENU

 


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Dr Ahmad Fadzly Ahmad Tajuddin turun padang memantau petugasnya memeriksa premis perniagaan di Jalan Selampit, Klang Jaya pada 3 Jun 2021. Foto Facebook MPK

SHAH ALAM, 3 JUN: Sebanyak 2,410 premis perniagaan diperiksa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam usaha pencegahan dan pengawalan Covid-19 sejak Januari hingga Mei.

Yang Dipertua berkata sebanyak 187 notis dan 14 kompaun dikeluarkan termasuk tujuh diarah tutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Sebanyak 186 sitaan juga dilaksanakan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk undang-undang kecil MPK,” kata Dr Ahmad Fadzly Ahmad Tajuddin menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan turut dijalankan di 109 premis pembuatan dalam tempoh yang sama.

“Daripada jumlah itu, 73 notis serta dua kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut mengikut akta yang sama,” katanya.

MPK juga melaksanakan aktiviti sanitasi awam di lokasi tumpuan sejak Mac tahun lepas, manakala 43 lokasi dijalankan disinfeksi awam sepanjang Mei lalu.

Sumber : Selangor Kini
Sila klik pautan di sini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am