MENU


Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzly Ahmax Tajuddin turut berkesempatan turun padang bagi melakukan pemantauan di Pasar Pagi Jalan Selampit, Klang Jaya.

KLANG - Sebanyak 26 buah premis perniagaan dan perindustrian telah ditutup oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak Januari sehingga Mei lalu berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, selain itu, 16 kompaun turut dkeluarkan bagi tempoh sama ke atas pemilik premis yang didapati gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Menerusi pemantauan bagi pengawalan wabak Covid-19 yang dilaksanakan itu, sebanyak 186 sitaan melibatkan pelbagai kesalahan turut dikeluarkan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil (UKK) MPK," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Norfiza berkata, bagi membantu usaha melandaikan penularan Covid-19, MPK turut menjalankan beberapa tindakan pencegahan dan pengawalan wabak Covid-19.

Tambahnya, sejak Mac tahun lalu, MPK telah melaksanakan sanitasi awam di beberapa lokasi tumpuan orang awam.

"Sepanjang Mei lalu, MPK telah melaksanakan proses disinfeksi di 43 lokasi bagi menggelakkan penularan Covid-19," katanya

Sumber : Sinar Harian
Sila klik pautan di sini

Last Updated: Thursday, 21 March 2024 - 11:56am