Besarkan Teks
Kecilkan Teks
Set Semula
tema asal
tema biru
tema hitam
tema coklat
bg1
bg2
bg3
resetbg
Bahasa: Melayu | English | Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Sekitar MPKlang
Sekitar Klang
Berita Mpklang
Kalendar
Kalendar
You do not have the roles required to access this portlet.
Berita Online

Jabatan Perancang Bandar

Email Jabatan: perancang@mpklang.gov.my
Ketua Jabatan: Puan Aniza Binti Osman
Email Ketua Jabatan: aniza@mpklang.gov.my

1.0 LATAR BELAKANG

Jabatan Perancang Bandar adalah sebuah jabatan yang diwujudkan pada tahun 1984.  Di peringkat awal penubuhannya jabatan ini diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Bangunan sebagai sebuah unit kecil. Jabatan ini bertanggungjawab dalam mengawal pembangunan seluruh Daerah Klang bagi membentuk satu kawasan perbandaran yang dinamik, terancang dan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang dengan mutu kehidupan dan suasana persekitaran yang bersih dan menarik.

Sehubungan itu Jabatan Perancang Bandar sentiasa memastikan pembangunan gunatanah dirancang secara komprehensif dengan penyediaan pelan perancangan jangka panjang seperti penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, serta dikawal dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).  Jabatan juga menerima pakai beberapa kaedah, garispanduan dan piawaian perancangan negeri Selangor serta mematuhi polisi dan dasar serta pekeliling negeri dari semasa ke semasa dalam melaksanakan hasrat Kerajaan Negeri bagi membentuk  satu perancangan Bandar  yang baik dan masyarakat yang harmoni.  Untuk mencapai hasrat tersebut jabatan sentiasa memastikan kakitangan mempunyai sikap tanggungjawab dan komited terhadap kerja supaya menjadi lebih efisyen dan berdaya maju. 

 

<< Lihat Senarai

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6