MENU

Jalan Tengku Kelana merupakan salah sebuah kawasan membeli belah popular yang terletak di Bandar Klang Selatan. Jalan Tengku Kelana juga dikenali sebagai "little India" oleh penduduk setempat. Ini adalah kerana kebanyakkan peniaga dikawasan tersebut terdiri daripada kaum India. Barangan yang dijual di Jalan Tengku Kelana Kebanyakkannya untuk kegunaan kaum india seperti sari, tekstil barangan logam, barang-barang kemas dan lain-lain. Malah terdapat barangan yang diimport terus dari negara India untuk di jual disini. Kemeriahan di Jalan Tengku Kelana ini semakin dirasai  apabila menjelang perayaan Deepavali. Masyarakat India di kawasan tersebut dan menikmati persembahan hiburan oleh artis jemputan yang diadakan di pentas terbuka.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 1:03pm