MENU

Susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan Negeri telah bersidang pagi ini bersama-sama Datuk Bandar, Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pegawai-pegawai Daerah seluruh Selangor.

Berikut adalah beberapa ketetapan yang telah dipersetujui yang ingin ditonjolkan (highlight) untuk hebahan:


Perniagaan Berpremis
 

(i) Makan/minum (dine-in) di restoran

Semua restoran kini dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, membuka meja di kawasan kaki lima dan parkir tidak dibenarkan.

Aktiviti take away, delivery dan pandu lalu boleh diteruskan seperti biasa.

Para peniaga restoran digalakkan untuk memberi pilihan pra-tempah (pre-order) kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di dalam kedai.

Penguatkuasa PBT akan turut membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan SOP yang dikuatkuasa berada di tahap optimum.

Pihak PBT boleh mengambil tindakan penutupan premis atau lain-lain tindakan penguatkuasaan sekiranya didapati terdapat pelanggaran SOP oleh pemilik premis.

Sumber : www.amirudinshari.com