MENU

Majlis Perbandaran Klang di bawah Program Local Agenda 21 sedang menjalankan kempen pengurangan penggunaan bekas polisterin dan bekas plastik, program ini merupakan lanjutan daripada pelaksanaan dan kempen yang dibuat pada tahun 2014 yang telah disempurnakan oleh Y. Bhg. YB. Elizabeth Wong Keat Ping, EXCO Pelancongan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Bersama-sama ini disertakan risalah dan borang kaji selidik kempen bagi mengkaji kesedaran dan keberkesanan pelaksanaan program ini. Borang kaji selidik yang telah dilengkapkan dikembalikan kepada :-

Unit Local Agenda 21,
Jabatan Perancang Bandar, MPKlang

Tingkat 1, Blok A,
Pusat Perniagaan Jalan Raya Barat,
41000 Klang
Tel : 03 -3375 7850    Faks : 03-3371 0690

Borang Kaji Selidik kempen pengurangan penggunaan bekas polisterin dan bekas plastik. 
Risalah kempen pengurangan penggunaan bekas polisterin dan bekas plastik

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi dengan urusetia Pn. Rosmala Binti Paiman ditalian 03-3375 7848
atau Pn. Rohani Binti Mat ditalian 03-3375 7848.