MENU

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN BERMULA 1 APRIL

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Ramadan 2016 bermula 1 hingga 30 April ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, terdapat sebanyak 37 tapak dan 2000 petak bazar disediakan bagi tahun ini.

"Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pusat Info,Lobi MPK dan menyediakan beberapa dokumen termasuk mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada Majlis.

"Kadar bayaran bagi tapak jualan makanan RM150 dan RM130 (jika melibatkan tapak pasar malam) dan bayaran tambahan sebanyak RM60 kepada peniaga yang menjual air tebu dan kelapa," katanya

Norfiza berkata, pemohon juga perlu menunjukkan suntikan Ty 2 dan bayaran permit atau perniagaan sedia ada semasa menghantar borang serta wajib menghadiri ceramah kesihatan perdana yang diadakan.

Katanya, bagi Bazar Ramadhan Jalan Taiping,bidaan untuk petak-petak berkenaan akan bermula pada harga RM3,500 dan kaedah berkenaan diwujudkan bertujuan mengelakkan petak dijual dan disewakan seperti sebelum ini...

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MPK