MENU

Aplikasi JPA4U Mobile merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memaparkan ikon-ikon MyHrmis Mobile, i-Pesara, Sistem Penilaian 3600, Portal JPA, Direktori JPA, Pekeliling, Facebook JPA dan Twitter JPA untuk penjawat awam, pesara dan orang awam. Maklumat yang terkandung di dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS, Portal JPA, i-Pesara, Pekeliling dan media sosial seperti facebook JPA dan twitter JPA.

Fungsi dalam Aplikasi JPA4U Mobile:

  1. Terdapat 4 Kategori Utama Menu iaitu Servis, Info, Sosial dan Semua
  2. Menu Servis terdapat MyHrmis Mobile, i-Pesara dan Sistem Penilaian 3600
  3. Menu Info terdapat Portal JPA, Direktori JPA dan Pekeliling
  4. Menu Sosial terdapat facebook JPA dan twitter JPA
  5. Menu semua adalah gabungan 8 (lapan) ikon yang boleh dicapai kesemuanya iaitu MyHrmis Mobile, i-Pesara, Sistem Penilaian 3600, Portal JPA, Direktori JPA, Pekeliling, Facebook JPA dan Twitter JPA

Ciri-ciri yang terdapat dalam JPA4U Mobile:

  1. Kemudahan link kepada MyHrmis Mobile kepada 3 (tiga) kategori iaitu MyHrmis Cuti, MyHrmis Profil Versi 2.0.1 dan MyHrmis eGL.
  2. Kemudahan capaian kepada Portal JPA, Direktori JPA, Pekeliling secara mobile dengan lebih mudah.
  3. Sistem Penilaian 3600 dapat dinilai menggunakan aplikasi mudah alih (mobile).
  4. Hebahan atau penyampaian maklumat terkini boleh diperolehi melalui Facebook JPA dan Twitter JPA.
  5. Maklumat-maklumat pesara boleh diperolehi melalui i-Pesara dengan mudah dan cepat.

Aplikasi JPA4U Mobile boleh dimuat turun melalui Google Play (Android) dan App Store (IOS).