MENU


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyiram air mawar di makam ayahandanya Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Makam Diraja Klang pada 8 Mac 2020.
Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

KLANG, 8 MAC: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi makam ayahandanya Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Makam Diraja Klang di sini hari ini.

Baginda tiba di makam sekitar jam 11.30 pagi diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, pembesar negeri dan anggota kerabat diraja Selangor.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan bacaan Yasin bersama tetamu lain di Masjid Istana Diraja Klang pada 8 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Istiadat menziarah itu adalah sempena ulang tahun ayahandanya dan baginda berkenan menabur bunga dan menyiram air mawar di makam diikuti Tengku Amir Shah serta anggota kerabat diraja.

Kemudian, bacaan tahlil dan doa dimulakan selama kira-kira setengah jam dipimpin Mufti Selangor Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Sejurus selesai, baginda ke Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah untuk bacaan Yasin dan menunaikan solat fardhu Zohor.

Sumber : SelangorKini