MENU

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 5 NOV: Sambutan Deepavali peringkat negeri lebih bermakna apabila Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat meraikan perayaan itu dengan masyarakat setempat, di Jalan Tengku Kelana, di sini, semalam.

Dalam majlis penuh meriah di kawasan yang lebih dikenali sebagai Little India itu, baginda turut berkenan merasmikannya dengan memalu gendang tradisi masyarakat India.

Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisi masyarakat India, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ketika menyembahkan ucapannya berkata, keberangkatan Tengku Amir mencerminkan perasaan kasih baginda terhadap rakyat Selangor.

“Sesungguhnya dengan keberangkatan Tuanku menzahirkan sikap keprihatinan dan kepedulian terhadap perpaduan serta pembangunan masyarakat majmuk, di Selangor khususnya komuniti India.

“Ini sekali gus memastikan segenap jentera Kerajaan Negeri dan rakyat bekerja sebagai satu pasukan membangunkan negeri, membingkai muafakat dan seterusnya memastikan Selangor berada dalam keadaan aman, baik juga sentosa,” katanya.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 20 September 2019 - 5:32pm