MENU


Dua anggota polis sedang membuat rondaan di Bandar Klang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang ketika tinjauan pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
 

SHAH ALAM, 11 OKT: Polis menambah dua lagi lokasi sekatan jalan raya di mukim Klang susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan berkata dua lokasi tambahan itu adalah di Taman Sentosa (jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang, Kampung Delek bermula pukul 4 petang ini.

Beliau berkata tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada tatacara operasi piawai (SOP) PKPB.

Sejak penguatkuasaan PKPB di mukim Klang pada Jumaat, Polis Klang Selatan mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Tinggi (Bayu Perdana), Taman Sri Andalas, Bandar Puteri dan Taman Suria Pendamar.

PKPB di mukim Klang yang melibatkan 36 kawasan perumahan dilaksanakan sehingga 23 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 di lokasi itu.

– BERNAMA

Sumber : Selangor Kini
Sila klik pautan di sini