MENU

KLANG 28 MEI: Sekumpulan pekerja stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Venture (KEV) di Kampung Tok Muda di sini gempar apabila menemui seekor buaya terperangkap di sebuah pintu air kolam takungan milik syarikat itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi buaya sepanjang kira-kira enam meter dan seberat hampir satu tan itu ditemui terperangkap di salah satu pintu kunci air di kawasan stesen janakuasa elektrik terbabit, lapor KOSMO ONLINE.

Tiga jam diambil untuk menaikkan buaya yang terperangkap di salah satu pintu kunci air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.45 malam, sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing telah bergegas ke lokasi penemuan buaya terbabit.

Katanya, sejurus tiba dilokasi kejadian, anggota kita dengan bantuan pekerja KEV telah memulakan operasi menangkap buaya terbabit sebelum menemui reptilia kira-kira pukul 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa terbabit.

“Kami telah menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.

DA43PW0U0AAfAly

“Kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya terbabit kerana kedudukannya di kawasan sempit dan kedalamannya melebihi 9 meter selain berat buaya yang mencecah hampir satu tan ,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zaidi berkata, sejurus buaya tersebut berjaya dinaikkan dari pintu kunci air terbabit, reptilia itu kemudiannya menyerahkan reptilia terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Operasi keseluruhan tamat kira-kira pukul 10 pagi tadi . Tiada sebarang kejadian tidak diingini semasa operasi dan ia berjalan dengan lancar,”ujarnya.

GAMBAR: SUMBER NST & BERNAMA