MENU

KLANG, 27 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita lima premis memproses ayam hidup secara haram di Bandar Sultan Suleiman pada 23 Januari lalu, kata pengarah penguatkuasanya.

Andry Arman Masrom berkata tindakan itu dilakukan di bawah Undang-undang Kecil 3 (1) PEM (MPK) 2007, hasil siasatan dan makluman awam.

“Premis ini bukan sahaja kotor malah menjijikkan. Peniaga sepatutnya hanya boleh menjual ayam yang siap diproses bukan ayam hidup,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata terdapat salah sebuah premis yang beroperasi sejak 2004 turut menjalankan aktiviti perniagaan runcit manakala premis lain sejak enam bulan hingga setahun lalu.