MENU

KLANG, 15 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menaik taraf kawasan tumpuan awam bagi menarik satu juta pelancong tahun ini, kata timbalan yang dipertuanya.

Elya Marini Darmin berkata antara yang dinaik taraf ialah Stadium Sultan Suleiman, Klang Heritage Walk, pembinaan bulatan Bukit Jawa dan kawasan Tanjung Harapan.

“MPK juga bercadang membangunkan kawasan Jalan Raya Timur membabitkan 60 premis perniagaan bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, sekali gus menarik lebih ramai pelancong,” katanya ketika melawat lokasi mural di Klang Heritage Walk di sini.

Pada 2017, Klang mencatatkan 300,000 pengunjung dan melonjak kepada 500,000 tahun lalu.